Roti Susu

Kekasih Cristiano Ronaldo Dikritik Jemur Baju Tanpa Pakai Seluar Kekasih Cristiano Ronaldo Dikritik Jemur Baju Tanpa Pakai Seluar
Kekasih Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, telah menjadi perhatian netizen kerana muat naik foto luceh terbarunya di Instagram peribadinya, @georginagio. Model Sepanyol itu memuat naik... Kekasih Cristiano Ronaldo Dikritik Jemur Baju Tanpa Pakai Seluar

Kekasih Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez, telah menjadi perhatian netizen kerana muat naik foto luceh terbarunya di Instagram peribadinya, @georginagio.

Model Sepanyol itu memuat naik pose sambil mengeringkan pakaian tanpa memakai seluar dan hanya memakai G-string.

Dengan punggungnya menghadap ke kamera, punggung Georgina dapat dilihat dengan jelas.

Seperti yang dijangka, muat naik tersebut mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen.

Ada yang memuji bentuk punggung kekasih bintang Juventus itu tetapi tidak sedikit juga yang mencemuh kerana merasa tidak sesuai.

Sehingga hari Ahad (05/03/2020), foto Georgina ini telah mendapat 2.7 juta tanda suka.

Angka itu adalah yang tertinggi dalam puluhan gambar terakhir yang dimuat naik di Instagram.

Cristiano Ronaldo

Selain itu, Georgina terkenal sebagai model yang rajin bersenam dan tak hairanlah wanita berusia 26 tahun itu mempunyai tubuh yang cantik.

Sumber: Murai.my

Shares