Roti Susu

Kekasih Baru Cita Citata Pluk Islam Ditanya Tentang Sunat Kekasih Baru Cita Citata Pluk Islam Ditanya Tentang Sunat
SETELAH memeluk agama Islam, teman lelaki kepada penyanyi Cita Citata iaitu Roy Geurts diajukan dengan pelbagai persoalan daripada netizen. Menurut laporan Liputan6, Cita memberitahu... Kekasih Baru Cita Citata Pluk Islam Ditanya Tentang Sunat

SETELAH memeluk agama Islam, teman lelaki kepada penyanyi Cita Citata iaitu Roy Geurts diajukan dengan pelbagai persoalan daripada netizen.

Menurut laporan Liputan6, Cita memberitahu antara soalan yang paling banyak diterima mengenai kekasihnya itu ialah mengenai berkhatan atau sunat.

“Tak tahu kenapa banyak pertanyaan mengenai sunat. Alhamdulillah Roy dah bersunat. Cuma dia tak mahu kongsi demi privasi dia ya guys.

“Jadi saya harus menghargai keputusannya,” kata Cita menerusi Instastory baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sakitnya Tuh Di Sini turut mendedahkan nama Islam kekasihnya itu.

Malah, Cita Citata juga memberitahu Roy bersemangat untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan tahun ini.

“Sebelum mengucapkan syahadah, kami dah pertimbangkan nama dan memilih Maher. Erti nama tu bagus, jadi saya rasa sesuai,” ujarnya.

Roy yang berasal dari Belanda itu memeluk agama Islam pada 17 April lalu di Indonesia. – Mstar

Shares