Roti Susu

Pelajar Wanita Didenda RM 800 Sebab Keluar Rumah Nak Bagi Kawan Lelaki Makan Kek Batik Pelajar Wanita Didenda RM 800 Sebab Keluar Rumah Nak Bagi Kawan Lelaki Makan Kek Batik
Pelajar Wanita Didenda RM 800 Sebab Keluar Rumah Nak Bagi Kawan Lelaki Makan Kek Batik Lautan api sanggup ku renangi. Biasa ayat macam ni... Pelajar Wanita Didenda RM 800 Sebab Keluar Rumah Nak Bagi Kawan Lelaki Makan Kek Batik

Pelajar Wanita Didenda RM 800 Sebab Keluar Rumah Nak Bagi Kawan Lelaki Makan Kek Batik Lautan api sanggup ku renangi. Biasa ayat macam ni selalu kita dengar bagi diorang yang in relationship.

Salah satunya akan buat apa je untuk bagi happy pasangan masing-masing. Tapi, kenalah bertempat sebab kadang-kadang ianya akan bawa kesan yang buruk.

Macam yang berlaku di Subang Perdana dimana seorang wanita yang bergelar student IPT swasta didenda RM 800 dan dipenjara selama tujuh hari sebab ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keluar rumah sebab nak bagi kawan lelaki makan kek batik yang dibuatya, lapor Bernama.

Wanita yang berumur 22 tahun itu diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 18 April lepas selain dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Manakala, rakan lelakinya yang juga berusia 22 tahun sebagai student IPT awam didenda RM 1000 atau penjara dua bulan.

Uish, sebab keluar rumah nak bagi kawan rasa kek batik je tau

Menurut laporan, pihak polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam sebuah kereta di tepi jalan dalam keadaan enjin tak dimatikan dan wanita berkenaan memberi alasan kepada pihak polis sebab nak bagi kawan dia rasa kek batik yang dia buat dan ketika tangkapan dilakukan lelaki itu sedang makan kek berkenaan.

Dikatakan, wanita itu telah dijemput oleh kawan lelakinya sebelum bergerak sejauh 800 meter dari kediamannya manakala lelaki berkenaan telah bergerak sejauh empat kilometer dari tempat kejadian.

Alasan yang diberikan oleh wanita berkenaan tidak munasabah iaitu keluar pada pukul 9 malam hanya sebab nak bagi kawan dia makan kek batik yang dia buat. [ sumber ]

Shares