Roti Susu

Kecoh Klon Kim Jong-Un Muncul Di khalayak Ramai Selepas Berita Kematian Tersebar Kecoh Klon Kim Jong-Un Muncul Di khalayak Ramai Selepas Berita Kematian Tersebar
Kecoh Klon Jong-Un Muncul Di khalayak Ramai Selepas Berita Kematian Tersebar. Nampaknya kisah pemimpin Korea Utara Kim Jong-un terus hangat diperkatakan. Terbaharu, ahli teori... Kecoh Klon Kim Jong-Un Muncul Di khalayak Ramai Selepas Berita Kematian Tersebar

Kecoh Klon Jong-Un Muncul Di khalayak Ramai Selepas Berita Kematian Tersebar. Nampaknya kisah pemimpin Korea Utara Kim Jong-un terus hangat diperkatakan.

Terbaharu, ahli teori konspirasi mendakwa kelibat Jong-un yang tiba-tiba muncul semasa perasmian sebuah kilang baja tempoh hari, bukan dirinya yang sebenar tetapi klon pemimpin diktator itu.

Kelibat Jong-un tidak kelihatan sepanjang April lalu.Ada mendakwa dia meninggal dunia akibat Covid-19 manakala timbul spekulasi mengaitkan kematiannya dengan pembedahan jantung.

Namun rakaman dan gambar terbaharunya itu masih belum cukup untuk menutup khabar angin yang bertiup kencang selama ini.

Ada segelintir pihak mendakwa terdapat klon menyerupai Jong-un berdiri di sebelahnya pernah dilihat sebelum misi pelancaran peluru berpandu Hwasong-14.

Klon tersebut dilihat mempunyai potong rambut dan memakai pakaian sama. Malah ada yang berpendapat dia berehat panjang selepas menjalani pembedahan plastik.

Namun ada juga mendakwa gambar tersebut disunting kerana kedutan, gigi, hidung, telinga dan rambutnya menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Sumber – Mirror

Shares