Roti Susu

Keadaan Terkini : China Sahkan 361 Maut Akibat Koronavirus Keadaan Terkini : China Sahkan 361 Maut Akibat Koronavirus
BEIJING- Jumlah kematian di China akibat wabak novel koronavirus meningkat kepada 361 orang, lapor agensi berita Anadolu memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Isnin.... Keadaan Terkini : China Sahkan 361 Maut Akibat Koronavirus

BEIJING- Jumlah kematian di China akibat wabak novel koronavirus meningkat kepada 361 orang, lapor agensi berita Anadolu memetik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata setakat ini sejumlah 17,205 kes disahkan telah dilaporkan dengan 57 kematian, dalam tempoh 24 jam lalu.

“Sehingga kini, 189,583 orang dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan pesakit yang dijangkiti. Seramai 152,700 berada di bawah pemantauan perubatan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu di Filipina seorang lelaki berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat koronavirus, kematian pertama berlaku di luar China, menurut pejabat tempatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.

Pesakit itu warga China dari bandar Wuhan, tempat virus tersebut mula dikesan.

Menurut NHC mayat mereka yang maut akibat wabak itu akan dibakar di tempat pembakaran mayat berdekatan dengan hospital.

Di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong seramai 15 orang disahkan dijangkiti virus itu dan lapan di Wilayah Pentadbiran Khas Macau.

Kes tersebut juga dilaporkan di Thailand, Jepun, Singapura, Australia, Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Korea Utara, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Kanada, Vietnam, Itali, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Rusia, Nepal, Kemboja, Filipina, Sri Lanka, Finland dan India.

Virus yang berasal dari Wuhan itu dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan, terutama kelawar.

Ia mencetuskan kebimbangan dunia selepas kes penyakit berkenaan dilaporkan di seluruh Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada Sabtu Sepanyol mengesahkan kes disyaki koronavirus yang pertama membabitkan seorang pelancong Jerman di La Gomera, Pulau Canary.

Amerika Syarikat mengisytiharkan darurat kesihatan awam manakala Rusia pada Sabtu menggantung perjalanan tanpa visa kepada pelancong dari China.

Pelancong dari China juga perlu menjalani saringan kesihatan di lapangan terbang di seluruh dunia dan beberapa syarikat penerbangan menggangtung penerbangan ke Wuhan.

WHO turut mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.- Bernama

Shares