Roti Susu

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui di bahu jalan Mayat kanak-kanak perempuan ditemui di bahu jalan
KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing dianggarkan berusia enam tahun yang dipercayai mangsa pembunuhan, ditemui di hadapan sebuah kedai makan di Jalan... Mayat kanak-kanak perempuan ditemui di bahu jalan

KUALA LUMPUR: Mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing dianggarkan berusia enam tahun yang dipercayai mangsa pembunuhan, ditemui di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, Ampang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 9.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan wanita melalui panggilan MER999.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis yang dikerahkan ke lokasi mendapati mayat mangsa tidak berambut serta berpakaian lengkap itu berada dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pada lengan dan badan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan enam tahun, dipercayai dipukul dengan objek keras atau tumpul di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa adalah pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Dalam tempoh setengah jam kemudian, kita berjaya menahan tiga warga asing, termasuk dua wanita, di sebuah hotel di Ampang. “Kesemua suspek itu berusia antara 17 hingga 63 tahun dan merupakan pemegang kad UNHCR,” katanya.

Hasil soal siasat, beliau berkata, kanak-kanak itu disyaki dipukul sehingga mati di hotel terbabit oleh bapa tirinya kerana mangsa dikatakan enggan makan.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih – BH

Shares