Roti Susu

Kanak-kanak 2 tahun tak sengaja hantar gambar bogel ibu kepada 15 kenalan Kanak-kanak 2 tahun tak sengaja hantar gambar bogel ibu kepada 15 kenalan
SEORANG ibu terpaksa menahan malu selepas anak kecilnya secara tidak sengaja terhantar gambar bogelnya kepada beberapa kenalan, termasuk rakan sekerja dan bekas rakan universiti.... Kanak-kanak 2 tahun tak sengaja hantar gambar bogel ibu kepada 15 kenalan

SEORANG ibu terpaksa menahan malu selepas anak kecilnya secara tidak sengaja terhantar gambar bogelnya kepada beberapa kenalan, termasuk rakan sekerja dan bekas rakan universiti.

Emily Schmitt, membenarkan anaknya, Carsyn yang berusia dua tahun bermain dengan telefon bimbitnya semasa dia sedang mengeringkan rambut.

Semasa sedang berdiri dalam keadaan bogel, ibu kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak menyedari bahawa anak perempuannya itu mengambil gambarnya dan menghantarnya kepada ramai kenalan di Snapchat.

Emily, 30, hanya menyedari perbuatan Carsyn selepas menerima mesej daripada beberapa rakan sekerjanya yang mengucapkan ‘terima kasih’ kerana menghantar foto berkenaan.

Anak kecilnya itu telah menghantar gambar tersebut kepada 15 orang kenalan, termasuk bekas rakan universiti, seorang kenalan kerja, bekas pelanggan dan rakan sekerja.

Emily segera memohon maaf kepada kenalannya di atas perbuatan tidak sengaja anak kecilnya itu. – Metro.co.uk

Shares