Roti Susu

“Kalau Boleh Mak Cik Nak Pasangan Awi Lebih Muda Daripadanya”- Ibu Safawi Rasid “Kalau Boleh Mak Cik Nak Pasangan Awi Lebih Muda Daripadanya”- Ibu Safawi Rasid
Minggu ini, kecoh betul dengan kisah Syifa Melvin yang dikatakan telah menggesa kekasihnya, Safawi Rasid supaya mengahwininya sehingga menimbulkan kemarahan Tunku Mahkota Johor, Tunku... “Kalau Boleh Mak Cik Nak Pasangan Awi Lebih Muda Daripadanya”- Ibu Safawi Rasid

Minggu ini, kecoh betul dengan kisah Syifa Melvin yang dikatakan telah menggesa kekasihnya, Safawi Rasid supaya mengahwininya sehingga menimbulkan kemarahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kerana hal tersebut telah menjejaskan prestasi pemain bola sepak JDT itu.

Tidak berdiam diri, Syifa juga telah mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan namanya daripada tuduhan liar netizen. Bahkan, kakaknya iaitu Syatilla turut mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran terhadap TMJ.

Kini, ibu kepada Safawi juga telah meluahkan pendapatnya mengenai isu panas ini. Kata wanita itu, dia mahukan anaknya memberi fokus kepada tanggungjawabnya sebagai pemain bola sepak terlebih dahulu sebelum hal peribadi.

“Seboleh-bolehnya, mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Meskipun pernah menemui Syifa, 26, ibu Safawi menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui kerjaya kekasih anaknya sebagai pelakon itu kerana tidak pernah melihat dia di kaca televisyen sebelum ini.

Wanita ini turut mendedahkan bahawa Safawi ada menghubunginya beberapa minggu lalu dan menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini’,” katanya.

Ibu pemain bola sepak ini menambah bahawa anak lelakinya itu masih muda, baru berusia 23 tahun dan belum cukup matang untuk berkahwin serta menjadi ketua keluarga. Selain menyatakan bahawa dia berharap agar pasangan anaknya adalah lebih muda daripada Safawi.

“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya. Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami,” katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah dan mengotakan janjinya untuk besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.

Sementara itu, bapa Safawi menjelaskan bahawa dia perasan kemerosotan prestasi anaknya sejak kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya. Sekiranya benar, dia meminta Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu. Macam-macam betul! – CARI

Shares