Roti Susu

Kaki atas kepala, dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial Kaki atas kepala, dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial
APABILA menaiki penerbangan, kita pastinya mengharapkan perjalanan itu selamat tiba ke destinasi. Malah, kita juga mahukan perjalanan yang selesa tanpa sebarang gangguan. Namun, lain... Kaki atas kepala, dua wanita buat hal dalam pesawat dimalukan di media sosial

APABILA menaiki penerbangan, kita pastinya mengharapkan perjalanan itu selamat tiba ke destinasi. Malah, kita juga mahukan perjalanan yang selesa tanpa sebarang gangguan.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan sebilangan penumpang sebuah pesawat apabila mereka terpaksa berhadapan dengan dua wanita yang cukup mementingkan diri sendiri.

Tanpa menghiraukan penumpang lain, dua wanita itu mengangkat kaki mereka ke bahagian atas kerusi.

Foto aksi tidak senonoh itu kemudiannya dikongsi menerusi akaun Instagram Passenger Shaming.

Posting itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen sehingga ia dihujani lebih 500 komen.

“Betapa pengotornya mereka berdua. “Manusia yang pengotor,” tulis beberapa pelayar Instagram.

Malah, ada yang berjenaka kononnya dua wanita itu sedang membuat senaman yoga di dalam pesawat.

Bagaimanapun, lokasi serta maklumat mengenai penerbangan tidak didedahkan. – Daily Star.

Shares