Roti Susu

“Kacak Macam Nicholas Saputra” – Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen “Kacak Macam Nicholas Saputra” – Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen
Adik lelaki pelakon Zahirah Macwilson, Muhammad Haziq Macwilson mencuri tumpuan wargamaya apabila dikatakan mirip pelakon kacak Indonesia Nicholas Saputra. Menerusi laman sosial Instagram, bapa... “Kacak Macam Nicholas Saputra” – Adik Lelaki Zahirah Macwilson Curi Tumpuan Netizen

Adik lelaki pelakon Zahirah Macwilson, Muhammad Haziq Macwilson mencuri tumpuan wargamaya apabila dikatakan mirip pelakon kacak Indonesia Nicholas Saputra.

Menerusi laman sosial Instagram, bapa Zahirah yang juga pelakon terkenal Zainol Macwilson memuat naik sekeping foto bersama anak lelakinya untuk tatapan umum.

“Ini hero saya, satu-satunya anak lelaki saya. Salah satu permata saya, Mohammad Haziq Macwilson,” tulis Zainol sebagai kapsyen. Menerusi foto tersebut, Haziq kelihatan segak mengenakan suit hitam dan berimej rambut panjang di samping bapanya.

Difahamkan Haziq kini menetap di Perth Australia dan begitu meminati sukan bola sepak. Tambah Zainol lagi, anak lelakinya itu sedang mengintai peluang untuk menjadi pemain profesional mewakili mana-mana kelab bola sepak tempatan.

“Dia berhasrat untuk bermain bola dengan mana-mana kelab di Malaysia. Sebelum ni dia pernah bermain untuk beberapa kelab tempatan di Perth, Australia. Semoga hasratnya menjadi kenyataan,” tulis Zainol lagi.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah tampan Haziq. Selain Nicholas Saputra, ada yang turut mendakwa wajah Haziq mirip pengacara Jimmy Shanley.

“Handsomenya anak bujang En. Zainol. Ada yang komen macam Nicholas Saputra. Harap impian Haziq jadi kenyataan,” kata seorang wargamaya.

“Berapa tinggi dia ni, handsome macam ayahnya,” puji seorang wargamaya. “Ingatkan Jimmy Shanley tadi!” komen seorang wargamaya. “Oii nak minta jadi menantu,” usik seorang wargamaya.

“Alhamdulillah anak-anak perempuan uncle Zainol semua lawa-lawa, hero sorang ni pun segak bergaya macam ayahnya. Mudah-mudahan hasratnya menjadi kenyataan,” ujar seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Zainol, 61, dan bekas isterinya Maslinda Yusof, 46, telah bercerai pada 9 November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata. – Gempak.com

Shares