Roti Susu

Juventus intai bekas pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino ganti Sarri Juventus intai bekas pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino ganti Sarri
BEKAS pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino diintai Juventus sebagai calon baharu bagi menguruskan kelab itu. Pochettino masih ‘berehat selepas dipecat November tahun lalu namun... Juventus intai bekas pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino ganti Sarri

BEKAS pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino diintai Juventus sebagai calon baharu bagi menguruskan kelab itu.

Pochettino masih ‘berehat selepas dipecat November tahun lalu namun dia antara jurulatih elit yang menjadi perhatian.

Pochettino bukan sahaja menjadi perhatian Juve, sebaliknya Real Madrid, PSG dan Newcastle turut dikaitkan dengan pengurus kelahiran Argentina berusia 48 tahun ini.

Sementara itu, pengurusan tertinggi Juventus dikatakan tidak berpuas hati dengan pancapaian Maurizio Sarri walaupun menghampiri perebutan gelaran Serie A.

Mereka masih memerlukan dua kemenangan daripada baki empat perlawanan untuk memastikan trofi liga menjadi milik Juve bagi kali kesembilan berturut-turut.

Pochettino dipecayai terbuka untuk menerima tugas di Itali selepas sebelum ini mendedahkan dia terus mahu bekerja di England.

“Sudah tentu kami sukakan England dan Liga Perdana Inggeris. Kami rasa selesa di sini. Malah kami juga masih tinggal di London.

“Saya tidak akan mengubah perasaan ini sekarang kerana tidak terlibat Liga Perdana pada masa ini.” – mirror.co.uk

Shares