Roti Susu

Jurukamera Drama Demi, Ambia Ahmad Positif Covid-19 Kini Di ICU Jurukamera Drama Demi, Ambia Ahmad Positif Covid-19 Kini Di ICU
JURUKAMERA drama Demi, Ambia Ahmad mengalami demam ketika menjalani penggambaran di Scotland namun keadaannya semakin teruk sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala... Jurukamera Drama Demi, Ambia Ahmad Positif Covid-19 Kini Di ICU

JURUKAMERA drama Demi, Ambia Ahmad mengalami demam ketika menjalani penggambaran di Scotland namun keadaannya semakin teruk sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 31 Mac lalu.

Menurut rakannya Norimy Aimi, keadaan Ambia yang mengalami sesak nafas membuatkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus membawanya ke Hospital Sungai Buloh.

“Beberapa bulan lalu, saya, Rahila (pengarah drama Demi, Aishah (jurusolek) dan Ambia pergi ke United Kingdom dan Sepanyol untuk penggambaran Sudip Pusing Dunia namun ketika itu tiada lagi wabak tersebut.

Seramai 18 orang termasuk kru dan barisan pelakon drama Demi menjalani penggambaran di Scotland. “Kebetulan, untuk drama Demi ini saya tak terlibat pun tapi saya ada berhubung dengan mereka di sana. Saya difahamkan, Ambia memang ada mengalami demam tapi mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sejuk.

“Sebab ketika itu, Scotland tiada sebarang kes berkenaan dengan Covid-19. Tapi demam dia berlarutan dan sebaik saja tiba di KLIA, dia mengalami sesak nafas dan keadaannya semakin teruk.

“Pihak KKM yang berada di KLIA terus membawa dia ke Hospital Sungai Buloh,” kata Norimy ketika dihubungi mStar pada Khamis.Saya tak dapat nak hubungi Ambia sebab dia pun masih dirawat di ICU.

Drama Demi

Sebelum ini, pelakon Puteri Aishah, pengarah Rahila dan empat kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland itu disahkan positif Covid-19.

Selain mereka, pelakon kanak-kanak iaitu Puteri Rayyana Rayqa dan ibunya yang dikenali sebagai Syira turut menerima nasib yang sama.

Seramai 18 orang termasuk kru dan pelakon drama tersebut tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.

Dalam pada itu, Norimy memberitahu keadaan Ambia kini semakin beransur pulih namun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif Covid-19. Kata Norimy, dia diberitahu rakan yang lain ada beberapa lagi kru yang masih menantikan keputusan ujian tersebut.

“Saya tak dapat nak hubungi Ambia sebab dia pun masih dirawat di ICU. Tapi isteri dia ada beritahu yang doktor kata keadaan Ambia kini beransur pulih.

“Sebenarnya ada beberapa orang kru yang sudah membuat ujian tersebut namun mereka belum menerima sebarang keputusan. Kita doa yang baik-baik untuk semua orang ya,” ujarnya. – Mstar

Shares