Roti Susu

Joy Revfa digelar ‘perempuan jalang’ gara-gara mesej suami orang ini Joy Revfa digelar ‘perempuan jalang’ gara-gara mesej suami orang ini
GARA-GARA menghantar mesej dengan emoji cium dan panggilan manja seperti sayang kepada suami orang, usahawan kosmetik Joy Revfa digelar sebagai ‘perempuan jalang’. Enggan membiarkan... Joy Revfa digelar ‘perempuan jalang’ gara-gara mesej suami orang ini

GARA-GARA menghantar mesej dengan emoji cium dan panggilan manja seperti sayang kepada suami orang, usahawan kosmetik Joy Revfa digelar sebagai ‘perempuan jalang’.

Enggan membiarkan perkara itu menjadi salah faham, Joy tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai mesej tersebut yang dihantar secara rambang (blast) bukannya peribadi.

Menurut pemilik nama Siti Arifah Mohd Amin, dia tidak mengetahui dalam kalangan stokis dan ejen produknya iaitu MERVE ada lelaki yang sudah berkahwin memandangkan gambar di aplikasi WhatsApp tidak menggunakan foto sebenar.

“Tak fasal-fasal Joy Revfa kena maki hari ini (Ahad). Mohon maaf kepada isteri-isteri yang terbaca dalam WhatsApp suami masing-masing bila ‘message blast’ Joy yang ada perkataan ‘dear, sayang, with love, emoji kiss’ dan lain-lain.

“Serius, Joy sendiri pun tak tahu suami anda pun antara agent atau stokis online MERVE (profile picture tak letak jadi tak tahu agent tu lelaki atau perempuan).

“Mesej itu secara rambang (blast). Bukan Joy Revfa bagi secara personal ya… Sebab biasanya agents dan promoter online semuanya wanita. Jarang ada lelaki.

“Semoga tiada salah faham lagi buat isteri-isteri yang suaminya adalah stokis MERVE. Kalau nak marah, marah suami anda ya. Jangan marah Joy. Tak fasal mendapat panggilan perempuan jal***,” katanya.

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun itu tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan perkara itu di laman Facebook miliknya.

Joy Revfa

Joy turut memuat naik foto paparan skrin mesej seorang wanita berang dengan mesej mesra yang dihantar kepada suaminya dan memanggil usahawan itu dengan panggilan tidak baik.

“Apa benda with love dengan laki (suami) orang ini? Siapa ini? Tak ada kerja kacau laki orang? Perempuan jalang,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memahami niat Joy menghantar mesej itu dan menganggap wanita tersebut terlalu sensitif sehingga menjadi salah faham. – Mstar

Shares