Roti Susu

‘Jodoh Kami Tak Lama’ – Hana Azraa Bakal Berpisah Dengan Pu Abu? ‘Jodoh Kami Tak Lama’ – Hana Azraa Bakal Berpisah Dengan Pu Abu?
Konflik rumahtangga Pencetus Ummah, Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isteri, Hana Azraa memuatnaik gambar seorang gadis tidak bertudung di Instagram. Bayangan... ‘Jodoh Kami Tak Lama’ – Hana Azraa Bakal Berpisah Dengan Pu Abu?

Konflik rumahtangga Pencetus Ummah, Abu Sufyan sekali lagi menjadi bualan ramai selepas isteri, Hana Azraa memuatnaik gambar seorang gadis tidak bertudung di Instagram. Bayangan yang diberi seolah-olah mahu mendedahkan kecurangan yang dilakukan suami. Walaubagaimanapun, PU Abu menafikan dakwaan dan itu adalah spekulasi semata-mata.

Terbaru, Hana menerusi Harian Metro memaklumkan dia dan suami sudah sepakat untuk membawa haluan masing-masing setelah apa yang berlaku.

  • Dah bawa haluan masing-masing

Baru sahaja melahirkan anak lelaki pada 1 Februari lalu, Hana ketika ditanya netizen mengenai status perkahwinan mereka, Hana menjawab ringkas mereka sudah bawa haluan sendiri.

Berkaitan hubungan di hujung tanduk, apa yang boleh saya cakap ialah kami bagi kedua belah pihak sudah sepakat nak bawa haluan masing-masing. Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot dan lebih baik bawa haluan sendiri. Jodoh kami tak lama, sebab dah tak ada persefahaman.

Kata Hana lagi, dia sudah lali dengan kemelut yang melanda dan sejujurnya perkara itu bukan baru bagi mereka.

Isu dihadapi kami ini, sejujurnya bukan baru lagi. Saya dah hadap lama hingga jadi jemu dan muak. Untuk saya terus bertahan lama-lama pun rasanya tak perlu lagi. Tak boleh menjana apa-apa pun untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun je la.

Menjawab kepada kecaman netizen di laman sosial semenjak mereka berkahwin, Hana menjawab dia sudah tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang malah tidak terkesan walaupun dalam proses berpantang.

  • Kifarah?

Memang tak dinafikan, sebelum ini ramai orang cakap macam itu (kifarah sebagai balasan ambil hak orang lain). Tapi, biarlah sebab mereka tidak berada di tempat saya. Mereka (warganet) tak tau pun apa yang saya lalui dan hadap.

Saya rasa tak terganggu pun dengan kecaman dilemparkan sebab kebanyakan pengikut di Instagram (IG) saya sudah memahami situasi dihadapi. Mereka (pengikut) sangat baik dengan saya dan memberi sokongan. Ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk mulakan hidup baru.

Kata pengusaha kosmetik ini lagi, mereka sedang menunggu tarikh ditetapkan untuk menguruskan proses penceraian di mahkamah. Buat masa ini, dia sedang berpantang di rumah keluarganya di Kedah.

  • ‘Abi pernah rasa dipuji, pernah rasa dihina’

 

View this post on Instagram

 

My heroes 💕 . . Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku.Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.Pesan abi buat anak2 abi,”dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat.Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata.Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu.Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh.Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat.Abi sayang anak2 abi”.😊🙏🏼🤲🏼

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Menjawab kepada dakwaan berlaku curang lagi, Abu memberitahu tiada perkara sebegitu. Tidak berlaku apa-apa kecurangan. Doa yang baik-baik buat kami. Apapun, ini ujian Allah buat saya.

Saya kena kuat dan sabar. Mohon doa yang baik-baik buat kami. Dalam mana-mana rumah tangga pun akan ada macam-macam ujian. Saya tak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik sahaja.

Malah, dia meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat rumahtangganya. Selain turut mengakui mereka berdua masih suami isteri yang sah. Sumber : Harian Metro, Abu Sufyan

Shares