Roti Susu

Jika Jodoh Ini Milik Mereka Berdua, Satu Malaysia Restu. Semuanya Bermula Bila Neelofa Tulis Status Ini Jika Jodoh Ini Milik Mereka Berdua, Satu Malaysia Restu. Semuanya Bermula Bila Neelofa Tulis Status Ini
Di laman Twitter heboh berkenaan cerita dan komen warganet berkenaan gosip yang mengaitkan Neelofa dan PU Rizz. Ramai yang seakan tidak percaya, malah ramai... Jika Jodoh Ini Milik Mereka Berdua, Satu Malaysia Restu. Semuanya Bermula Bila Neelofa Tulis Status Ini

Di laman Twitter heboh berkenaan cerita dan komen warganet berkenaan gosip yang mengaitkan Neelofa dan PU Rizz. Ramai yang seakan tidak percaya, malah ramai juga yang terus mendoakan Neelofa dipertemukan jodoh dengan PU Rizz.

Meskipun beza umur mereka berdua agak jauh, Neelofa 31 dan PU Rizz 25, namun peminat berpendapat ia tidak menjadi masalah.

” Doa Neelofa dulu, kata dapat jodoh yang turut disenangi oleh semua peminat dia. Jika jodoh ini milik mereka berdua, memang satu Malaysia restu dan tersenyum”

Itu komen salah seorang warganet di Instagram (IG), susulan tersebarnya gosip mengaitkan bekas pengacara MeleTop, Noor Neelofa dan pendakwah bebas dikenali PU Riz.

Malah, sejak semalam di laman Twitter kecoh apakah wujudnya hubungan istimewa di antara Neelofa atau mesra disapa Lofa, dengan PU Riz yang turut dikenali sebagai pelakon.

Namun, perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet di Twitter apabila mendakwa PU Riz sudah mempuyai kekasih yang juga seorang penuntut di sebuah universiti awam.

Dalam masa sama, ramai juga peminat yang merestui jika benar Neelofa dan PU Riz sedang bercinta. Perkara ini tercetus, susulan ciapan dimuat naik Neelofa pada Selasa lalu.

” Jangan hiraukan apa yang orang kata dan fikir mengenai kamu, tapi fokus kepada bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri.

” Jangan hidup semata- mata untuk cuba puaskan hati orang lain tetapi untuk diri sendiri,” tulisnya.

Bagaimanapun ciapan Neelofa itu telah mendapat maklum balas dari seorang penguna akuan Izniqadisa. Individu tersebut seakan cuma mengatakan Neelofa cuba jadi perampas kerana PU Rizz dikatakan sudah mempunyai teman wanita.

” Sebab Lofa cuma hidup untuk puaskan hati sendiri la, Lofa sanggup curi kekasih orang. Yakinkan semua benda kat dunia ni, Lofa boleh dapat, biarkan orang lain menangis asalkan kita bahagia kan,” tulisnya.

Difahamkan juga hubungan Neelofa dan PU Riz semakin rapat sejak Ramadan lalu, apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Sementara itu terdapat juga segelintir warganet yang mengusik dengan membuat gabungan nama Neelofa dan PU Rizz dengan tanda pagar #Loriz.

Pun begitu, usaha Harian Metro mendapatkan PU Riz untuk penjelasannya gagal apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca dan panggilan telefon pun tidak diangkat, mungkin sibuk dengan penggambaran drama. [ Sumber ]

Shares