Roti Susu

Jemaah memenuhi setiap ruang ketika solat jenazah, PU Rahmat dedah sifat pemaaf Abam dikutuk gemuk Jemaah memenuhi setiap ruang ketika solat jenazah, PU Rahmat dedah sifat pemaaf Abam dikutuk gemuk
PEMERGIAN Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam bukan sahaja dirasai oleh rakan artis dan peminat, malah pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah... Jemaah memenuhi setiap ruang ketika solat jenazah, PU Rahmat dedah sifat pemaaf Abam dikutuk gemuk

PEMERGIAN Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam bukan sahaja dirasai oleh rakan artis dan peminat, malah pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Rahmat turut menyatakan rasa sedih dengan kehilangan pelawak tersebut.

Menurut PU Rahmat, Abam tidak berkira apabila membabitkan hal dakwah dan merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu dan keluarganya.

“Abam ringan diri pergi program dakwah. Aku ingat lagi apabila kawan aku ustaz Halim Hafiz jemput dia program Warung Halal. Dia usahakan juga datang walaupun bayaran tak tinggi.

“Aku ingat lagi apabila ahli jawatankuasa masjid tanya aku siapa pelawak yang aku boleh jemput untuk program. Yang aku ingat Abam dan Shahrol Shiro, ini dua pelawak yang tak berkira kalau buat program dakwah.

“Abam pernah sebut, dia kuat kerja sebab nak bantu mak dia. Dia bawa mak dia pergi umrah dan bahagiakan orang sekeliling… semoga kau aman di alam barzakh,” katanya menerusi Instagram.

Sekitar solat jenazah Abam, jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat jumaat. Apa amalan Syed Umar? Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk. Dia tak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya!

Dalam muat naik tersebut, dia turut berkongsi foto ratusan jemaah yang hadir menunaikan solat jenazah untuk Abam di Masjid Gombak Utara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, PU Rahmat menyifatkan arwah seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting walaupun dihina kerana keadaan fizikalnya.

“Sekitar solat jenazah Abam, jemaah memenuhi setiap ruang masjid seumpama solat Jumaat. Apa amalan Syed Umar? Dia maafkan semua orang yang kutuk dia gemuk. Dia tak ambil hati sangat walaupun dia mesti terasa pada awalnya.

“Dia melawan body shaming dengan bergaya. Masa dia sebut gemuk is awesome ramai orang pertikai. Tapi korang tak faham bukan maksud dia untuk kekal gemuk tapi dia nak orang gemuk ada confidence diri sebab selalu sangat orang gemuk dibuli dan dihina.

“Kemudian sebelum dia meninggal, dia usahakan juga kuruskan diri sampai hilang berkilo-kilo. Sebab apa? Dia pesan pada kawan-kawan gemuk agar usaha kuruskan badan… yang pernah kutuk Abam eloklah kau minta maaf pada keluarganya. Eloklah kau bertaubat!,” katanya.

Abam, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. – Mstar

Shares