Roti Susu

Selepas Teruk Dikecam Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar Selepas Teruk Dikecam Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar
BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat. Isu terbabit... Selepas Teruk Dikecam Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.

Isu terbabit menjadi perhatian dalam kalangan warganet sejak pagi selepas wanita terbabit mendakwa ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di daerah Besut, semalam.

Wanita terbabit mendakwa dituduh berkhalwat dengan lelaki yang mengaku ahli keluarga sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan se3rbuan jam 11.20 malam. Katanya, serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

“Ketika se3rbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kasih Siti Rohayu Tak Luntur Walau Suami Hilang Ingatan .

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penah4nan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Katanya, pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesal4han kh4lwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersub4hat.

“Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan maram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan mahr4m, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan.“Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

“Kes ini masih dalam si4satan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekvlasi dengan kes disi4sat mengikut Se3ksyen 31 Enakmen Kesala4han Jenay4h Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kh4lwat dan S3eksyen 55 enakmen sama kerana penyub4hatan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih [ sumber ]

Shares