Roti Susu

Isteri susah hati Aaron Aziz demam panas sejak Khamis – “Dia pergi hospital sendiri tak benarkan kami…. ! Isteri susah hati Aaron Aziz demam panas sejak Khamis – “Dia pergi hospital sendiri tak benarkan kami…. !
ISTERI kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik mendedahkan suaminya kini mengalami demam panas sejak Khamis. Diyana menerusi Instagram memberitahu dia menghentikan... Isteri susah hati Aaron Aziz demam panas sejak Khamis – “Dia pergi hospital sendiri tak benarkan kami…. !

ISTERI kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik mendedahkan suaminya kini mengalami demam panas sejak Khamis. Diyana menerusi Instagram memberitahu dia menghentikan segala kerja rumah demi menjaga suami yang sedang sakit.

“Bos besar kena demam. Semalam (Rabu) dia mengadu sakit gigi dan hari ni (Khamis) demam dah. Suhu badan sangat tinggi tak nak mandi.

“Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan cepat kepada suami saya tersayang. Para ibu kalau sakit, semua kerja rumah dihentikan. Bapa pula kalau sakit, ibu yang berhenti buat kerja rumah.

“Betul tak? Apa-apa pun siapa saja sakit, kami isteri atau ibu tetap akan pastikan demam kebah baru kita akan berehat,” katanya.

Diyana berkongsi perkara itu dengan memuat naik gambar Aaron sedang berehat dan dahinya diletakkan kain tuala.

Rata-rata netizen mendoakan agar Aaron cepat sembuh ada juga segelintir mereka yang bimbang jika pelakon kelahiran Singapura itu dijangkiti wabak Covid-19 memandangkan demam panas antara simptom virus tersebut.

Bagaimanapun Diyana meluahkan rasa syukur apabila suaminya hanya mengalami demam biasa dan bukan disebabkan terkena jangkitan virus Covid-19 atau koronavirus.

Disebabkan bimbang dengan penularan wabak tersebut, Aaron pergi ke hospital sendirian tanpa ditemani isteri dan anak-anaknya.

“Love you sayang @aarondwiaziz (kepada yang bertanya, Alhamdulillah ia bukan Covid). Teringat dua tahun lalu bila saya sedang sakit, suami saya tersayang jaga sampai tolak tawaran besar.

“Sangat memikirkan kami dahulu, dia pergi hospital sendiri dan tidak benarkan kami ikut. Ya Allah terima kasih kerana berikan kami seorang pelindung dalam rumah tangga kami,”ujarnya.

Diyana dan Aaron mendirikan rumah tangga pada 2003 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Dahlia Arissa, Dwi Ariana serta Danish Anaqi. – Mstar

Shares