Roti Susu

Farid Ismeth Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Fazley Yaakob Mula Bersuara Farid Ismeth Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Fazley Yaakob Mula Bersuara
PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen apabila mereka menyangka Allahy4rham Farit Ismeth Emir adalah... Farid Ismeth Dikatakan Bapa Kandung Isteri, Fazley Yaakob Mula Bersuara

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen apabila mereka menyangka Allahy4rham Farit Ismeth Emir adalah bapa kepada isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Menurut Fazley Yaakob, bapa mentuanya iaitu Abdul Aziz Nong Chik yang menjadi walinya ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu masih berada dalam keadaan sihat.

“Salam takzi4h buat keluarga Allahy4rham Farit Ismeth Amir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takzi4h buat saya dan isteri saya Azrene Ahmad kerana menyangkakan bahawa arw4h adalah ayah kandung beliau.

“Terlalu banyak ucapan takzi4h yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Fazley Yaakob berkata dia terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini kerana bimbang wujud kekeliruan orang ramai. Dalam masa sama, dia turut mengucapkan takzi4h kepada anak Allahy4rham yang juga penyanyi dan komposer terkenal iaitu DJ Fuzz.

“Saya mohon maaf buat keluarga arwah sekiranya post ini mengganggu em0si kalian semua. “Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku Al-Fatihah buat arw4h dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya DJ Fuzz moga tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Pada Isnin, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu meninggal dunia akibat k4nser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Fazley Yaakob

Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembvskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi.

Jenaz4h Allahyarham telah dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya. Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an. –Sumber

Shares