Roti Susu

Isteri Dedahkan Apa Yang Dihantar Suami Kepadanya Beberapa Jam Sebelum Ditemui Maut Isteri Dedahkan Apa Yang Dihantar Suami Kepadanya Beberapa Jam Sebelum Ditemui Maut
Tular di laman sosial seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura meninggal dunia selepas terjun dari tingkat 8 sebuah apartment. Lebih menyayat hati lelaki... Isteri Dedahkan Apa Yang Dihantar Suami Kepadanya Beberapa Jam Sebelum Ditemui Maut

Tular di laman sosial seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura meninggal dunia selepas terjun dari tingkat 8 sebuah apartment.

Lebih menyayat hati lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui isteri dan anak, selepas terkandas di negara jiran itu hampir lapan bulan.

Susulan dari kejadian itu, isteri mngsa telah tampil bersuara menceritakan detik terakhir suaminya.

Suami saya seorang periang dan penyayang, saya keliru mengapa suami tamatkan hidup begitu, sedangkan dia akan pulang 25 Oktober ini,” kata seorang wanita berusia 35 tahun.

Suaminya adalah lelaki rakyat Malaysia bekerja di Singapura yang m4ut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, Khamis lalu.

Wanita itu berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku malah mereka sempat berhubungan menerusi panggilan video beberapa jam sebelum dia ditemui m4ut di perkarangan sebuah apartmen di Bukit Batok, Singapura.

Katanya, suaminya juga berkelakuan seperti biasa dan menyatakan mengambil cuti s4kit hari berkenaan (Khamis) kerana kedua-dua kakinya bengkak.

Dalam panggilan video itu juga dia menyatakan akan pulang ke Johor Bahru 25 Oktober ini kerana sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dan diterima majikannya.

Suami pernah beberapa kali mengadu rindukan keluarga terutama anak perempuan kami dan menyebabkan dia memutuskan untuk akhirnya berhenti kerja di Singapura, selepas 14 tahun bekerja.

Suami hantar nombor tuan rumah beberapa jam sebelum kejadian

Cuma saya musykil dia ada hantar nombor tuan rumah beberapa jam sebelum dia ditemui tidak bernyawa Khamis lalu.

Namun saya dan keluarga sangat keliru dengan tindakan dia terjun dari apartmen di sana, hingga kegembiraan saya untuk menyambutnya bertukar sedih dan kebingungan,” katanya sebak ketika ditemui di rumah keluarganya hari ini.

Kisah lelaki berkenaan yang terjun dari apartmen tempat tinggalnya itu tular di Facebook sejak kelmarin. Mengulas lanjut, wanita itu berkata, dia dan keluarganya kini menunggu laporan daripada pihak berkuasa Singapura.

Katanya, walaupun timbul persoalan mengenai kejadian berkenaan, namun dia dan keluarga akan menunggu laporan rasmi pihak berkuasa republik itu.

Pegawai penyiasat dari Singapura ada menghubungi saya untuk mendapatkan beberapa butiran lanjut. ” Saya dan keluarga juga menunggu butiran siasatan termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan apartmen,” katanya.

Mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun. Difahamkan, sebanyak tiga kes bnuh diri berlaku sejak wabak Covid-19 menular hingga menyebabkan sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu.

Pihak berkaitan juga menggesa supaya perkara ini disiasat, mengapa mereka bnuh diri. Adakah kerana tertekan hidup akibat bebanan kerja, dibuang kerja atau rindu kerana berjauhan terhadap keluarga.

Sumber: Malaysiaunited

Shares