Roti Susu

Inilah 10 kisah Aliff Syukri sebelum bergelar usahawan kosmetik ! Inilah 10 kisah Aliff Syukri sebelum bergelar usahawan kosmetik !
PELBAGAI kontroversi dicetuskan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.Tidak kiralah, kontroversi melibatkan keluarganya sendiri mahupun golongan selebriti pasti menjadi perhatian netizen di laman sosial.... Inilah 10 kisah Aliff Syukri sebelum bergelar usahawan kosmetik !

PELBAGAI kontroversi dicetuskan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.Tidak kiralah, kontroversi melibatkan keluarganya sendiri mahupun golongan selebriti pasti menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Boleh dikatakan pengasas produk D’Hebs ini sudah kebal dengan segala kritikan, kecaman, hinaan atau cacian daripada netizen.

Jom kenali siapa disebalik nama Aliff Syukri:

1. Nama penuh Aliff ialah Aliff Syukri Kamarzaman dan dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987.

2. Aliff merupakan anak kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi.

3. Aliff mempunyai 12 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak ketiga.

4. Mempunyai seorang isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rasid dan dikurniakan lima cahaya mata dan seorang anak angkat.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar Selangor, Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, Sekolah Integrasi As-Syakirin Shah Alam dan Taylor College.

6. Menerusi laman Instagram, Aliff memberitahu dia akan melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

7. Mula berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan seawal usia tujuh tahun ketika tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

8. Pelbagai pekerjaan dilakukan Aliff sebelum menceburi perniagaan kosmetik seperti pernah menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan dan hampir menjadi seorang pramugara!

9. Aliff juga menceburi bidang lakonan dan antara drama pernah dibintangi iaitu Biar Aku Jadi Penunggu, Duda Terlajak Laris, Ooops! Terlajak Nikah, My Coffee Prince, Tuyul Ke London dan Upin & Ipin (musim 11, episod Terlajak Laris). Selain itu, dia pernah menjadi hero dalam filem pertamanya, Badang di bawah arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

10. Selain membuat bisnes dan berlakon, Aliff juga tampil dengan beberapa lagu antaranya Jom Raya duet bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana, Cowok Baru, Bobo Dimana, Agama Kedamaian bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida dan single terbaharunya, Cuba Bahagia. –Mstar

Shares