Roti Susu

Bakal Diceraikan Isteri Sendiri, Ini Komen Dato Aliff Dan Datin Shahida ! Bakal Diceraikan Isteri Sendiri, Ini Komen Dato Aliff Dan Datin Shahida !
ISTERI kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan... Bakal Diceraikan Isteri Sendiri, Ini Komen Dato Aliff Dan Datin Shahida !

ISTERI kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Shahida ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu. “No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi. – HM

Shares