Roti Susu

Ini bukan keputusan yang mudah… saya terpaksa fikir banyak perkara termasuk emosi Ini bukan keputusan yang mudah… saya terpaksa fikir banyak perkara termasuk emosi
PENGACARA Sazzy Falak mendedahkan dia dan suaminya, Nazril Idrus baru sahaja mengambil seorang anak angkat berusia sebulan. Sazzy berkata keputusan tersebut bukan dicapai dalam... Ini bukan keputusan yang mudah… saya terpaksa fikir banyak perkara termasuk emosi

PENGACARA Sazzy Falak mendedahkan dia dan suaminya, Nazril Idrus baru sahaja mengambil seorang anak angkat berusia sebulan.

Sazzy berkata keputusan tersebut bukan dicapai dalam sekelip mata, sebaliknya selepas mengambil kira beberapa faktor sebelum bersetuju menerima bayi lelaki diberi nama Idris itu.

“Memperkenalkan ahli keluarga baharu dalam keluarga kami! Sekurang-kurangnya sebulan lalu, kami membuat satu keputusan besar dalam keluarga… untuk menjaga dan mengalu-alukan anak kecil ini ke dalam keluarga kami.

“Anak perempuan kami, Imaan Lily dan Tiara Rose tiada bantahan dan bersedia menerima bayi ini tapi saya dan suami sudah membincangkan setiap perkara yang boleh kita fikirkan.

“Cukuplah untuk mengatakan, ia bukan keputusan yang cepat dan mudah kerana saya benar-benar terpaksa berfikir banyak perkara termasuklah emosi. Saya rasa takut, sama ada saya boleh menjadi ibu yang baik untuk anak kecil ini,” katanya.

Sazzy membuat pendedahan tersebut menerusi Instagram pada Isnin.Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu ini berkata dia akan berkongsi lebih banyak perkembangan sepanjangkan membesarkan bayi tersebut.

“Bagaimanapun takdir untuk memilikinya, anak kecil ini terus kembali kepada kami. Seolah-olah Allah menunjukkan tanda kepada kami dia adalah milik keluarga kecil ini.

“Ucapkan selamat kepada Idris. Jika boleh doakan untuk Idris dan kami juga. “Sekarang ini kita dah perkenalkan dia. Saya akan kongsi lebih banyak tentang bagaimana keluarga kami berdepan keseronokan, kegembiran dan cabaran bersama Idris,” ujarnya.

Niat murni Sazzy itu menerima pujian pengikut dan rakan-rakan artis antaranya Lisa Surihani, Daphne Iking, Farish Aziz dan Azrinaz Mazhar Hakim.Terdahulu, Sazzy berkahwin dengan Nazril Idrus yang juga seorang personaliti televisyen pada 8 November 2006.Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan bernama Imaan Lily dan Tiara Rose yang dilahirkan pada 28 April 2011.-mstar

Shares