Roti Susu

Ini 10 Fakta Siapa Sebenar Dayah Zubit Yang Menjadi Kesayangan Keluarga Dato Siti ! Ini 10 Fakta Siapa Sebenar Dayah Zubit Yang Menjadi Kesayangan Keluarga Dato Siti !
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.... Ini 10 Fakta Siapa Sebenar Dayah Zubit Yang Menjadi Kesayangan Keluarga Dato Siti !

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan wanita cantik yang membahasakan dirinya sebagai kakak kepada anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah.

Kalau nak tahu, pemilik nama Dayah Zubit ini merupakan pengasuh kesayangan Aafiyah. Menerusi perkongsian di portal InTrend, Dayah membuka cerita mengenai kisahnya bersama dengan keluarga Datuk Siti Nurhaliza.

Ini merupakan fakta-fakta dan perkongsian Dayah mengenai pengalamannya diterima sebagai pengasuh Aafiyah.

1.Dayah berusia 24 tahun dan berasal dari Padang Serai, Kedah.

2.Mempunyai diploma dalam bidang Kejururaw4tan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Datuk Siti sedang mencari jururaw4t peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasan untuk menjada Aafiyah.

3.Dayah menghubungi pengurus Datuk Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra Datuk Siti) untuk sesi temuduga.

4.Nervous! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Siti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.

5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” ujarnya.

6.21 Mei 2018 bermulalah kerja baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah.

7.Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” jelasnya.

8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Siti dan Datuk K. Kata Dayah, Siti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa seperti keluarga sendiri dan tidak terasing.

9.Menurut Dayah, Siti merupakan seorang ibu yang lembut, seperti mana yang kita tengok di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah

10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana kasih sayangnya terhadap Aafiyah.

Terdahulu Dayah juga pernah merakamkan video pendek gelagat Aafiyah melakukan #patiencechallenge (ujian kesabaran) yang tular sekitar Mei lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber : Gempak / inTrend

Shares