Roti Susu

Idris Khan selar pengasas kosmetik jual ‘hand sanitizer’ berikan secara percuma Idris Khan selar pengasas kosmetik jual ‘hand sanitizer’ berikan secara percuma
PELAKON Idris Khan menyelar tindakan segelintir usahawan kosmetik yang mengambil kesempatan terhadap wabak Covid-19 dengan menjual cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). Idris, 32, berkata,... Idris Khan selar pengasas kosmetik jual ‘hand sanitizer’ berikan secara percuma

PELAKON Idris Khan menyelar tindakan segelintir usahawan kosmetik yang mengambil kesempatan terhadap wabak Covid-19 dengan menjual cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Idris, 32, berkata, produk tersebut sepatutnya dikeluarkan oleh syarikat pengeluar produk kebersihan sahaja.

Pemilik nama Idris Khan Abdul Ghaffar Khan berkata jika usahawan berkenaan berniat untuk membantu, mereka sepatutnya memberikan secara percuma sahaja.

“Sanitizer beli dari syarikat yang umum kenal sebagai pengeluar produk kebersihan sahaja please guys. Jangan beli dari online atau keluaran artis dan influencer.

“Majoriti pembeli produk online adalah golongan pendapatan sederhana dan ke bawah, pendapat mereka terjejas sekarang ni, jangan ambil kesempatan nak jual produk pula waktu ni.

“Kalau betul nak bantu, sanitizer yang dihasilkan tu berikan percuma sedekah pada yang memerlukan. Leave the sanitizers to the experts,” kata Idris.

Idris memberi pendapatnya itu di ruang komen foto artikel mengenai pengasas kosmetik bertukar karier jual hand sanitizer di Instagram rasmi mStar pada Isnin.

Menerusi artikel mStar pada Ahad, seorang doktor yang dikenali sebagai Rusyainie Ramli terkejut melihat timeline Facebook terdapat pihak yang membuat produk tersebut di rumah kemudian dipek dalam botol kecil untuk dijual.

Malah, Dr Rusyanie juga mengecam tindakan segelintir pengasas produk kosmetik yang secara tiba-tiba menghasilkan hand sanitizer disebabkan permintaan yang tinggi.

Dalam pada itu, pelakon drama Tuan Danial ini menasihati netizen agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengambil makanan tambahan untuk mempertingkatkan sistem imunasi.

“Jaga diri semua! Pastikan basuh tangan sentiasa, kalau keluar balik rumah basuh semua pakaian yang dipakai dan mandi.

“Dan jangan lupa tingkatkan sistem imunasi kita, ambil vitamin c yang banyak! Take care!” ujarnya.-mstar

Shares