Roti Susu

Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah
Kuala Terengganu: Semalam dia melihat mayat anaknya Siti Nur Surya Ismail, 19, terbujur kaku selepas dibunuh dengan kejam di depan mata di ruang tamu... Ibu sayu lihat jenazah Surya diusung keluar rumah

Kuala Terengganu: Semalam dia melihat mayat anaknya Siti Nur Surya Ismail, 19, terbujur kaku selepas dibunuh dengan kejam di depan mata di ruang tamu rumah.

Hari ini pula, wanita berkenaan hanya mampu melihat jenazah anaknya diusung keluar dari ruang tamu untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Dua peristiwa menyayat hati itu dilalui Zaini Musa, 55, dari atas katil berikutan tidak mampu bergerak akibat kanser otak tahap tiga yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Penyakit dihidapi wanita itu menyebabkan dia tidak mampu bercakap seperti biasa.Sebaik jenazah diusung keluar dari ruang tamu rumah kira-kira 6.30 petang, suami wanita itu, Ismail Muda, 58, memberitahu apa yang berlaku.

Ismail turut memalingkan muka isterinya ke arah keranda yang menempatkan jenazah anak perempuan mereka, namun Zaini sekadar melihat tanpa sebarang kata.

Suasana penuh kepiluan itu menyebabkan Ismail dan beberapa anaknya serta mereka yang berada di ruang tamu tidak dapat menahan rasa sedih.

Jenazah Siti Nur Surya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, di sini, pada 8.15 malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong, di sini, dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 6.30 petang.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke masjid di kampung itu untuk disembahyangkan selepas solat Maghrib.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang turut dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan. – HM

Shares