Roti Susu

i-Sinar Tidak Lulus? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari i-Sinar Tidak Lulus? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari
Umum mengetahui, keputusan permohonan i-Sinar diumumkan 4 Januari lalu. Justeru, buat rakyat yang gagal dalam permohonan kategori 1, jangan khuatir kerana mereka berpeluang memohon... i-Sinar Tidak Lulus? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Umum mengetahui, keputusan permohonan i-Sinar diumumkan 4 Januari lalu. Justeru, buat rakyat yang gagal dalam permohonan kategori 1, jangan khuatir kerana mereka berpeluang memohon i-Sinar kategori 2 yang bakal dibuka bermula 11 Januari ini.

Berikut merupakan syarat – syarat kelayakan Kategori 2:

  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac.

Langkah membuat permohonan i-Sinar adalah seperti tertera:

Walaubagaimanapun, permohonan kategori 2 wajib disertakan dengan dokumen sokongan seperti:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini skim i-Sinar KWSP melalui portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Sumber: FB Rasmi KWSP

Shares