Roti Susu

I-Akaun KWSP : Cara Daftar Melalui E-Mel, Mudah Hanya Di Rumah I-Akaun KWSP : Cara Daftar Melalui E-Mel, Mudah Hanya Di Rumah
Pendaftaran i-akaun KWSP Melalui e-mel, Kaunter, Kiosk Dan Telefon. Perhatian kepada ahli atau majikan yang mempunyai akaun KWSP. Sudahkah anda mendaftar i-Akaun secara Online? Kumpulan... I-Akaun KWSP : Cara Daftar Melalui E-Mel, Mudah Hanya Di Rumah

Pendaftaran i-akaun KWSP Melalui e-mel, Kaunter, Kiosk Dan Telefon. Perhatian kepada ahli atau majikan yang mempunyai akaun KWSP.

Sudahkah anda mendaftar i-Akaun secara Online? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan i-Akaun yang boleh digunakan secara online bagi memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.

Berikut dikongsikan panduan cara daftar i-Akaun KWSP Online dan Pengaktifan Akaun termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebagai panduan untuk semua.

Ramai yang menarik nafas lega apabila KWSP mengumumkan pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 bagi semua ahli KWSP yang layak, terutamanya mereka yang terjejas akibat COVID-19.

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin ramai yang tertanya-tanya kalaulah i-Akaun boleh didaftarkan tanpa perlu keluar ke Pejabat atau Kios KWSP?

Jawapannya boleh! So, bagi yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak perlu risau. Boleh daftar i-akaun melalui e-mel saja. Jom tengok cara-caranya di bawah ini.

Berikut adalah langkah mendaftarkan i-Akaun melalui e-mel. Mula-mula, pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.

Ingat, jangan apply atau kongsikan maklumat anda melalui mana-mana orang tengah atau laman web yang tidak diketahui.

Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Secara automatik, borang akan dimuat turun. Kalau tak dapat, boleh download di SINI.

i-Akaun KWSP

Dokumen yang perlu disediakan:

  • Borang permohonan yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Gambar selfie dengan kad pengenalan
  • Bukti pemilikan nombor fon
  • (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
  • Salinan penyata akaun bank

I-Akaun KWSP

Syarat-Syarat Pendaftaran i-Akaun Ahli/ Pengemaskinian Nombor Telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Perhatian

  1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
  2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Akaun (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
  3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/ Kaunter KWSP

Selepas semua maklumat dah disi anda boleh buat penghantaran borang pendaftaran i-Akaun diemelkan kepada [email protected].

Shares