Roti Susu

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Sandra Dianne Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Sandra Dianne
HUJAN renyai dan suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah peserta program Big Stage 2020, Allahyarham Sandra Dianne yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung... Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Sandra Dianne

HUJAN renyai dan suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah peserta program Big Stage 2020, Allahyarham Sandra Dianne yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran Sabah kira-kira pukul 5.30 petang, Jumaat.

Penyanyi Aiman Tino yang kebetulan berada di negeri itu atas urusan kerja, mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26.

Menurut Aiman atau Mohammad Aiman Yusri, 22, dia juga sempat bertemu dengan ahli keluarga arwah yang masih berada dalam keadaan sedih.

“Kebetulan saya ada di Sabah untuk penggambaran program di saluran YouTube saya. Alhamdulillah… jenazah arwah selamat dikebumikan tadi dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Tak ada rezeki saya nak melawat arwah ketika di hospital, tu yang datang untuk melihatnya buat kali terakhir.”Saya sempat juga bertemu dengan ahli keluarga arwah… mereka pun dalam keadaan sedih lagi,” kata Aiman ketika dihubungi mStar.

Sandra meninggal dunia pada pukul 1 pagi Jumaat, selepas kira-kira enam hari bertarung nyawa dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Allahyarham Sandra mengalami kegagalan fungsi otak akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 5 September lalu. Berita pemergian penyanyi yang berasal Sabah itu cukup memberi kesan kepada rakan sepejuangannya dan semua peserta Big Stage 2020.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini memberitahu dia mengenali Sandra buat kali pertama di acara showcase di Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur pada 2017.

Aiman juga menyifatkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Hey Kau itu seorang kawan yang baik dan sentiasa menceriakan orang sekeliling.

“Saya dan arwah pertama kali kenal masa kami ada showcase di Matic sekitar 2017. Selain, pernah juga beberapa kali bekerjasama membuat persembahan di acara hiburan.

“Mengenali arwah ini, dia seorang yang ceria… sentiasa happy go luck. Sebelum ini kami selalu jumpa lepak sama-sama tapi sekarang dah jarang sebab tak ada masa yang sesuai,” ujarnya. – Mstar

Shares