Roti Susu

Hiburan: Penonton Mahu Erra Fazira Kekal Sebagai Hos MeleTOP Hiburan: Penonton Mahu Erra Fazira Kekal Sebagai Hos MeleTOP
Umum mengetahui Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP mulai tahun 2020. Ramai tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempatnya dan sehingga kini masih tiada pengumuman... Hiburan: Penonton Mahu Erra Fazira Kekal Sebagai Hos MeleTOP

Umum mengetahui Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan MeleTOP mulai tahun 2020. Ramai tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempatnya dan sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, kemunculan pelakon dan pengacara, Erra Fazira sebagai pengacara jemputan MeleTOP Selasa lalu ternyata mendapat reaksi positif daripada netizen.

Ramai yang mengatakan Erra sangat sesuai mengambil tempat Neelofa dan tidak kekok mengendalikan rancangan itu bersama Nabil Ahmad. Kata netizen lagi, Erra seorang yang berpengalaman dan sudah lama berada dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan kemunculannya sebagai hos rancangan tersebut. Menerusi Instagram, Erra berkata dia sudah menjangkakan perkara itu serta meminta peminat MeleTOP supaya bertenang kerana dia hadir sebagai hos jemputan sahaja.

Selepas Neelofa mengundurkan diri daripada rancangan itu, netizne mula berteka teki mengenai siapa yang bakal menggantikan tempatnya. Antara nama yang menjadi sebutan ialah Jihan Muse, Ain Edruce dan Mira Filzah. – Sumber Rotikaya.com

Shares