Roti Susu

9 Tahun Berpisah TaIak Satu, Hattan Dedah Sebab Kembali Nikahl Bekas Isteri ! 9 Tahun Berpisah TaIak Satu, Hattan Dedah Sebab Kembali Nikahl Bekas Isteri !
Menerusi perkongsian video Mingguan Wanita Khamis lalu, penyanyi Datuk Hattan diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah rumah tangganya. ‘Berpisah Jua, Tetapi Bertaut Kembali’,... 9 Tahun Berpisah TaIak Satu, Hattan Dedah Sebab Kembali Nikahl Bekas Isteri !

Menerusi perkongsian video Mingguan Wanita Khamis lalu, penyanyi Datuk Hattan diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah rumah tangganya.

‘Berpisah Jua, Tetapi Bertaut Kembali’, menjadi topik yang dibicarakan bersama hos ketika itu, Erra Fazira dan Norman Hakim. Turut sama menjadi panel ialah isteri, Datin Arianie Abidin.

Mungkin antara satu dalam seribu, hubungan yang dibina sejak tahun 1996 dan berakhir pada 2005 (sembilan tahun) kembali menyatukan mereka semula pada 2013.

Hattan bagaimanapun mengakui bahawa dia sedikit tertek4n pada awal pencer4ian.“Tiga bulan pertama kami stress kerana perpisahan ini, tapi setiap kali balik rumah akan terbayang-bayang.

“Dalam masa sama saya sebenarnya cuba untuk move on, tapi tak boleh.“Memanglah rasa seronok,bebas, tapi sebenarnya kosong.

“Enam bulan selepas itu,setiap kali tengok anak-anak atau hari raya, baru saya sedar ada sesuatu yang serba tak cukup dalam hidup ini,” kongsi Hattan.

Popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan berasa yakin bahawa isterinya, Datin Arianie adalah jodoh yang terbaik buatnya.

“Saya rasa kesesuaian saya dengan dia (Arianie), saya cuba untuk pergi dengan cara kehidupan yang lain, tapi tak boleh.“Kita sebagai kaum lelaki kena mengendalikan sesuatu perkara sebaik mungkin. Perempuan pula kena bertindak dengan cara rileks sedikit,” jelas Hattan.

Mahu mendapatkan respon dari si isteri, Arianie menjawab tenang.“Pada awalnya memang s4kit sebab kita dh biasa ada suami di sisi,hati masing-masing tengah m4rah masa itu,” katanya jujur.

Malah, Arianie dapat melihat ketulusan dan keikhlasan Hattan ketika itu.“Saya terima dia kerana usaha dan kesungguhan dia dalam meneruskan hidup.

“Selama sembilan tahun itu, saya dah lupakan mengenai perkara yang meny4kitkan dan fikir balik diri sendiri pun tak sempurna,” akhirinya. [ sumber ]

Shares