Roti Susu

Harga Murah Tak Masuk Akal, Ini Kesemua Lokasi Kedai Ust Ebit Lew Harga Murah Tak Masuk Akal, Ini Kesemua Lokasi Kedai Ust Ebit Lew
Selain berdakwah dan mempunyai perniagaan seperti restoran, butik pakaian dan khidmat latihan. Ebit Lew baru-baru ini mengumumkan beliau akan membuka beberapa cawangan pasar raya.... Harga Murah Tak Masuk Akal, Ini Kesemua Lokasi Kedai Ust Ebit Lew

Selain berdakwah dan mempunyai perniagaan seperti restoran, butik pakaian dan khidmat latihan. Ebit Lew baru-baru ini mengumumkan beliau akan membuka beberapa cawangan pasar raya.

Selepas beberapa minggu pengumuman tersebut dibuat, beliau akhirnya memuat naik sekeping gambar salah sebuah cawangan pasar raya miliknya. Kini sudah lengkap dengan papan tanda dan bersedia untuk dibuka tidak lama lagi.

Berkongsi dalam hantaran tersebut, Ebit turut menjawab persoalan dan pertanyaan orang ramai sebelum ini yang sering tertanya-tanya kenapa beliau memilih untuk membuka perniagaan runcit.

Sedangkan sudah banyak memiliki perniagaan lain sebelum ini. Walaupun ramai pengikut yang sudah mengetahui pembukaan kedai runcit itu bakal menawarkan harga yang lebih murah demi membantu golongan yang memerlukan.

Ebit juga menjelaskan ada beberapa perkara lain yang turut mendorong beliau meneruskan usaha tersebut.

“Bukan sekadar harga murah, kita sebuah keluarga. Saya nak buat ‘food bank’. “Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan,” katanya menerusi posting di Facebboknya.

Menurut perkongsian terbaru daripada Ebit, pembukaan kedai runcit atau pasar raya ini bukan sahaja akan menawarkan harga yang murah.

Tetapi bakal menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta penyediaan peluang pekerjaan.

10 Cawangan Kedai Ebit

Dalam posting tersebut, Ebit turut menyatakan cawangan pasaraya akan dibuka di 10 lokasi berbeza iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Sebelum ini beliau pernah menyuarakan hasrat untuk membuka kedai runcit dengan harga murah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Ini dengan menyediakan barangan keperluan dengan harga murah bagi kegunaan mereka. Ustaz Ebit berharap dengan adanya kedai runcit harga murah tersebut dapat membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan seharian.

Kini impian Ustaz Ebit itu bakal menjadi kenyataan kerana tidak lama lagi cawangan pertamanya akan mula dibuka pada minggu hadapan.

Menerusi instagram Ustaz Ebit Lew mengumumkan perkara tersebut kepada para pengikut beliau.

Beliau turut berkongsi gambar beberapa barangan dengan harga yang tidak masuk akal seperti susu yang hanya berharga 70 sen dan juga biskut yang berharga 90 sen.

Perkara tersebut membuatkan orang ramai sudahpun teruja dan tidak sabar lagi menanti pembukaan kedai beliau itu.

Menurut Ustaz Ebit Lew, cawangan awal yang bakal dibuka adalah pada 18 Julai iaitu cawangan Bandar Baru Bangi. Kemudian diikuti dengan Cawangan Kajang pada 19 julai pula.

Pohon doakan yer @elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan 18Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut-ebitlew @elewsmart Saudaraku Murah

Tular baru baru ini penyanyi Tokki yang tinggal di rumah using turut diziarahi oleh Ustaz Ebit dan turut dihulurkan bantuan. Perkembangan terbaru Tokki telah dipindahkan ke sebuah rumah sewa dan tidak perlu membayar sewa selama setahun.

Begitu mulia hati Ustaz Ebit Lew. Keperibadian beliau sangat dikagumi oleh orang ramai. Menerusi tinjauan diruangan komen, ramai yang mendoakan semoga rezeki Ustaz Ebit Lew berlipat kali ganda.

Dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang telah beliau lakukan sepanjang hayat beliau ini.

Sesungguhnya Ustaz Ebit mempunyai akhlak yang sangat terpuji dan semakin hari semakin ramai yang mendoakan Ustaz Ebit. Semoga semakin bertambah murah lah rezeki Ustaz Ebit selepas ini. [ sumber ]

Shares