Roti Susu

Hafreez Adam Dedah Pernah Berdepan Depresi Hingga Cederakan Diri Sendiri Hafreez Adam Dedah Pernah Berdepan Depresi Hingga Cederakan Diri Sendiri
Hafreez Adam dedah pernah berdepan depresi hingga cederakan diri sendiri, “Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah kerana kemurungan”. SELEPAS lama berfikir,... Hafreez Adam Dedah Pernah Berdepan Depresi Hingga Cederakan Diri Sendiri

Hafreez Adam dedah pernah berdepan depresi hingga cederakan diri sendiri, “Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah kerana kemurungan”.

SELEPAS lama berfikir, pelakon Hafreez Adam akhirnya membuat keputusan untuk mendedahkan bahawa dia pernah berhadapan dengan masalah kemurungan sekitar tahun 2013.

Hafreez berkongsi semula pengalaman itu menerusi blog peribadinya dengan tujuan dapat membantu orang lain yang mengalami masalah yang sama.

“Aku ambil keputusan untuk kongsi ini, walaupun kemungkinan akan kena serang balik tapi aku menyedari bahawa sangat penting untuk membantu. Tapi tolong, baca dengan positif.

“Harap dengan perkongsiani ini, Abe (abang) boleh tolong sesiapa yang ada masalah sama dan akhir sekali, berbuat baik antara satu sama lain. Stay strong everybody,” tulisnya menerusi Instagram.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Hafreez mengakui dirinya seorang pengecut selepas terbaca penulisannya di blog yang ditarik semula daripada tatapan umum.

Hafreez berkata dia bertindak menyimpan semula penulisan mengenai dirinya kerana enggan membiarkan orang luar melihat kelemahan dan menilai dirinya melalui catatan itu.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di blog miliknya itu Hafreez mendedahkan dia melalui masalah kemurungan yang agak serius sehingga pernah mencederakan dirinya sendiri.

“Aku seorang sahaja, hari-hari seorang. Aku tidak mahu keluar, aku tak rasa nak ada orang disekeliling cuma rasa macam tak boleh nak hadap saja, tak boleh nak lawan lagi.

“Aku dalam keadaan tertekan, semuanya kelihatan buruk untuk aku. Aku macam bangang, tak tahu nak keluarkan macam mana sebab aku simpan seorang diri sepanjang dalam hidup.

“Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah… kerana kemurungan? Aku tak tahu. Aku tak berani guna perkataan kemurungan itu sebenarnya.

Hafreez Adam

“Sebab tak tahu apa yang aku sedang hadapi dan sebenarnya masih tidak tahu. Tapi benda pertama aku buat beberapa hari lalu, aku mula cederakan diri sendiri,” ujarnya. Kata Hafreez, tindakannya mencederakan diri sekadar ingin melepaskan kesakitan yang disimpannya seorang diri.

“Ini sangat penting, aku bukan cuba untuk bunuh diri pun. Tidak pernah niat pun. Tak pernah terlintas di fikiran. Aku hanya mahu kesakitan ini berlalu pergi.

“Aku mahu lepaskan kesakitan itu. Tapi ia hanya pemikiran yang gila dan sesuatu yang bodoh,” kata bekas tunang kepada pelakon Zara Zya. Bagaimanapun, Hafreez meluahkan rasa syukur mempunyai tiga orang rakannya yang menyedari perkara itu dan menyelamatkannya daripada kegelapan.

“Aku berasa lebih baik selepas setiap kecederaan itu. Buat aku rasa lega. Aku rasa okay untuk beberapa jam sebelum cederakan diri lagi.

“Apa yang terjadi, aku simpan seorang. Tak ada seorang pun rakan rumah tahu apa yang aku sedang hadapi masa mula-mula itu. Tapi Aiman, Hairie dan Haziqah selamatkan aku. Sementara itu, Hafreez berkata, dia juga memberontak dan tidak menunaikan ibadah solat pada umurnya 18 tahun.

Bagaimanapun, dia menyedari apa yang dilakukan itu hanya membuatkan dirinya lebih teruk sehingga akhirnya dia kembali mencari dan meminta kekuatan daripada Allah.

Hafreez berkata, dia sedikit demi sedikit dia mendapat ketenangan dan diberi rezeki yang tidak disangka-sangka. “Jujur… aku berhenti solat masa umur 18 tahun. Mak marah seratus kali tapi aku tidak peduli.

“Aku kembali kepada Allah dan berdoa setiap hari selesai solat. Ya Allah, kau berikan lah kekuatan dan ketenangan yang senantiasa kepada hambamu ini. Kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian, cabaran dan dugaan dari mu, Ya Allah”

“Alhamdulillah… aku diberi kekuatan dan ketenangan sedikit demi sedikit. Allah murahkan rezeki aku. Hidup aku sibuk dengan kerja dan kerjaya sehingga aku tak sedar.

“Dalam tempoh aku leka berkerja. Aku diberi kekuatan dan ketenangan untuk meneruskan hidup dengan lebih positif dan menjadi manusia yang redha. Aku lupa semua masalah aku. Alhamdulillah,” ujarnya. – Mstar

Shares