Roti Susu

Genap umur 7 hari, Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa dedah wajah anak Genap umur 7 hari, Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa dedah wajah anak
Selepas genap seminggu isterinya Ardell Aryana bersalin, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan jantina dan wajah serta mengumumkan nama bayi sulungnya. Menerusi laman Instagram, pelakon berusia... Genap umur 7 hari, Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa dedah wajah anak

Selepas genap seminggu isterinya Ardell Aryana bersalin, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan jantina dan wajah serta mengumumkan nama bayi sulungnya.

Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 28 tahun tersebut berkongsi sebuah video dengan meluahkan perasaan syukur atas kelahiran cahaya mata pertama itu.

“Arwa Malaikha Urwa binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.

“Alhamdulillah umur dah masuk 7 hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan. Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini. Salam Jumaat,” tulisnya.

Posting berkenaan dipenuhi komen peminat dan pengikut pasangan tersebut yang mengucapkan tahniah selain memuji kecomelan Arwa Malaikha Urwa yang putih melepak.

Syukur alhamdulillah!

Terdahulu, pasangan itu berkahwin dalam satu majlis sederhana yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

Sumber : Nadzmi Adhwa

Shares