Roti Susu

Mereka Pernah Tular Gara-Gara Gambar Pakai Plastik Sampah Mereka Pernah Tular Gara-Gara Gambar Pakai Plastik Sampah
TIGA jururawat yang memakai plastik sampah sebagai kelengkapan perlindungan diri (PPE), dilaporkan positif untuk wabak Covid-19. Hanya beberapa mingggu lalu, jururawat berkenaan berkongsi gambar... Mereka Pernah Tular Gara-Gara Gambar Pakai Plastik Sampah

TIGA jururawat yang memakai plastik sampah sebagai kelengkapan perlindungan diri (PPE), dilaporkan positif untuk wabak Covid-19.

Hanya beberapa mingggu lalu, jururawat berkenaan berkongsi gambar mereka memakai plastik sampah di media sosial sehingga perkongsian tersebut menjadi tular.

Di dalam perkongsian di media sosial itu, mereka turut membuat permintaan untuk diberikan topeng muka, gaun PPE dan sarung tangan yang sesuai untuk petugas di Northwick Park Hospital, Harrow.

Hospital berkenaan sebelum ini mengisytiharkan ‘situasi cemas’ selepas semua katil dipenuhi pesakit.

Lebih daripada 50 peratus staf yang berkhidmat di wad kini diuji positif bagi wabak Covid-19, lapor Daily Telegraph.

Salah seorang jururawat itu memberitahu media tersebut bahawa mereka sungguh terdesak memerlukan pakaian perlindungan yang sesuai.

Malah katanya, mereka juga sudah mulai merawat rakan sejawat sendiri yang jatuh sakit selepas mendapat jangkitan daripada pesakit Covid-19.

Tambahnya, sungguhpun mereka kelihatan tersenyum berani, namun jauh di sudut hati timbul perasaan takut. – Metro.co.uk

Shares