Roti Susu

Gara-Gara COVID-19, Aeril Zafrel Kerugian RM150,000 Gara-Gara COVID-19, Aeril Zafrel Kerugian RM150,000
Susulan penularan wabak Covid-19 yang kini menyerang dunia, Aeril Zafrel berdepan kerugian hampir RM150,000 apabila tempahan percutian ke Eropah bersama isterinya, Wawa Zainal terpaksa... Gara-Gara COVID-19, Aeril Zafrel Kerugian RM150,000

Susulan penularan wabak Covid-19 yang kini menyerang dunia, Aeril Zafrel berdepan kerugian hampir RM150,000 apabila tempahan percutian ke Eropah bersama isterinya, Wawa Zainal terpaksa dibatalkan.

Menurut Aeril, mereka sepatutnya berlepas ke sana hari ini tetapi dimaklumkan oleh pihak agensi pelancongan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh lain dan mereka tidak mendapat pulangan wang jika membatalkan perjalanan itu.

“Tidak penerbangan tak boleh ditunda dan wang tempahan boleh dikatakan ‘hangus’. Bagaimanapun, saya sudah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak agensi supaya ada jalan penyelesaian terbaik memandangkan musibah ini berlaku hampir di seluruh dunia.

“Kalau mengikut kata agensi, wang itu bakal ‘hangus’ tapi saya tetap berharap ada berita baik yang bakal disampaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Aeril berkata mereka memilih untuk membatalkan percutian susulan penularan di wabak itu berada di tahap membimbangkan. Difahamkan, Aeril dan Wawa akan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Switzerland dan Belgium.

“Saya tidak mahu ambil risiko. Tambahan pula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengklasifikasikan Covid-19 sebagai pandemik. Ia turut memberi amaran penularan global wabak itu amat membimbangkan. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi,” katanya.-Rotikaya

Shares