Roti Susu

Gambar Najib Razak Di Parlimen Mendapat 45 RibuTanda Like Gambar Najib Razak Di Parlimen Mendapat 45 RibuTanda Like
Najib Razak Hadir Di Parlimen Hari Ini, Satu Gambar Yang Dimuat Naik Oleh Najib Razak Jadi Perhatian. Hari ini adalah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal... Gambar Najib Razak Di Parlimen Mendapat 45 RibuTanda Like

Najib Razak Hadir Di Parlimen Hari Ini, Satu Gambar Yang Dimuat Naik Oleh Najib Razak Jadi Perhatian.

Hari ini adalah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat. Di dalam ucapan pembukaan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberitahu beberapa perkara tentang apa yang berlaku dalam negara kita.

Salah satu perkara yang mendapat sorakan gemuruh dalam Dewan Rakyat adalah apabila YDPA bertitah mengenai Frontliner yang telah berjuang untuk negara sepanjang C0V19.

Penghargaan negara itu diberikan Seri Paduka, yang mengajak Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, semua Ahli Parlimen, Senator dan tetamu jemputan yang menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.

Menyifatkan istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini berbeza daripada norma dan kelazimannya berikutan wab4k COV19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana rakyat jelata bersatu padu sebagai Bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin menghadapi ancaman wabak yang membawa m4ut itu.

“Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai.

“Justeru, sebagai tanda penghargaan negara, marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Sejurus itu, semua Ahli Parlimen dan Senator bangun berdiri seketika memberi tepukan gemuruh sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara.

Gambar Najib Razak Yang Mendapat 45 ribu tanda Like :

Satu gambar telah dimuat naik oleh Najib Razak ketika beliau berada di Dewan Rakyat dimana gambar tersebut mendapat 45ribu like sejak sejam dimuat naik.

Antara komen rakyat :

Gambar tersebut menarik perhatian rakyat kerana beliau bergambar dengan pemimpin UMNO dan pemimpin PAS.

Nampaknya aura Bossku masih tidak tenggelam, ramai yang memberikan kata kata sokongan kepada Najib Razak dan ucapkan selamat kembali ke Parlimen. [ sumber ]

Shares