Roti Susu

Gambar-Gambar Frontliners Bermandi Peluh & Keletihan Hadapi Gelombang Ketiga Undang Sebak! Gambar-Gambar Frontliners Bermandi Peluh & Keletihan Hadapi Gelombang Ketiga Undang Sebak!
Kalau kita rasa susah, mereka lagi susah. Kalau kita penat, mereka seribu kali lagi penat. Bila baca berita pasal orang awam pentingkan diri dan... Gambar-Gambar Frontliners Bermandi Peluh & Keletihan Hadapi Gelombang Ketiga Undang Sebak!

Kalau kita rasa susah, mereka lagi susah. Kalau kita penat, mereka seribu kali lagi penat. Bila baca berita pasal orang awam pentingkan diri dan langgar SOP mesti teringat dekat frontliner yang bersusah payah dan bertungkus lumus.

Gambar-gambar pasukan barisan hadapan yang dimuat naik di Facebook MKN Sabah baru-baru ini mendapat perhatian ramai dan mengundang sebak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melalui gambar-gambar tersebut dapat dilihat riak dan aksi mereka yang keletihan menghadapi gelombang ketiga Covid-19 di negara kita.

Di sebalik angka angka kes positif yang kita lihat setiap hari, ada golongan yang tetap terus bekerja bekerja dan bekerja.”

Hero yang tidak pernah lelah berjuang demi Malaysia tercinta. Titipkan doa buat barisan hadapan kita agar terus kuat menghadapi gelombang ketiga ini.”

MKN Sabah juga turut mengingatkan kita semua supaya memainkan peranan masing-masing untuk flatten the curve jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Ramai netizen yang menitipkan doa mereka buat anggota barisan hadapan dan berharap agar mana-mana individu yang berniat untuk melanggar arahan dan tidak patuhi SOP fikir tentang penat lelah dilalui frontliners kita.

“Dan bagi rakyat Malaysia…Seberat apa pun beban masalah yang kamu hadapi saat ini, percayalah bahawa semua itu tidak akan melebihi batas kemampuanmu.”

Mainkan peranan anda sebagai ‘frontliner’, hanya kita yang mampu melandaikan kembali lengkuk jangkitan COVID-19 ini.” – Lobakmerah.com

Shares