Roti Susu

Gadis TikTok Cuba Tunjuk Bukti Pakai Mask Tiada Fungsi, ‘Dihentam’ Habis-Habisan Gadis TikTok Cuba Tunjuk Bukti Pakai Mask Tiada Fungsi, ‘Dihentam’ Habis-Habisan
Ramai yang sanggup memberikan apa sahaja alasan yang tidak munasabah untuk mengelak dari perlu mengikuti SOP. Terbaru, seorang gadis TikTok menerima hentaman dari orang... Gadis TikTok Cuba Tunjuk Bukti Pakai Mask Tiada Fungsi, ‘Dihentam’ Habis-Habisan

Ramai yang sanggup memberikan apa sahaja alasan yang tidak munasabah untuk mengelak dari perlu mengikuti SOP. Terbaru, seorang gadis TikTok menerima hentaman dari orang ramai apabila dia cuba membuktikan bahawa memakai mask tiada fungsi kerana udara dan air dapat menembusi pelitup muka yang digunakan orang ramai.

Dalam video tersebut, gadis berkenaan membuat demonstrasi di mana dia memakai pelitup muka dan menyalakan pemetik api di hadapannya. Dia kemudian meniup api itu sehingga terpadam untuk membuktikan bahawa udara boleh menembusi mask tersebut.

Dia kemudian mengambil penyembur air pula dan menyembur ke dalam pelitup muka itu untuk menunjukkan bahawa air juga dapat menembusi mask berkenaan, sekali gus membuktikan kepercayaannya bahawa memakai mask sebenarnya tiada fungsi.

Walau bagaimanapun, perkongsian gadis itu menerima pelbagai respon dari pengguna-pengguna lain yang menyindir pemikiran gadis tersebut.

Seorang wanita menjelaskan bahawa dengan mengamalkan jarak sosial, api dari pemetik api itu tidak akan terpadam jika ditiup dari jauh. Selain itu wanita itu juga tertanya-tanya adakah dia bersin seperti gajah sehingga mask tersebut lencun dengan air.

@missys20

Drives me CRAZY!! Just watch.. #fyp #foryou #wearamask #covid19 #coronavirus

♬ original sound – Melissa Schaub

Pengguna-pengguna lain turut menyindir video gadis tersebut dengan menyembur mask mereka menggunakan tekanan air yang kuat untuk menunjukkan betapa tidak logik demonstrasi ‘bersin’ yang dilakukan gadis tiktok itu.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis itu dihentap kerana bersifat angkuh dan menyebarkan maklumat yang tidak betul. – HCL

Shares