Foto Transformasi Pavithra Yang Anggun Jelita Cetus Sensasi Hingga Ramai Memuji

Sejak semalam, foto-foto ‘meletop’ YouTuber popular, S. Pavithra yang tampil berbeza, tidak seperti lazimnya yang dilihat di YouTube sebelum ini mencetuskan sensasi di internet.

Youtuber berusia 28 tahun itu tampil dengan solekan menawan, stail berbeza lengkap mengenakan busana pereka fesyen terkenal khas dalam satu sesi fotografi yang dirakam @pinography.

Menerusi Instagram jurusolek Razzi Musa pula, dia ada berkongsi hasil sentuhannya pada wajah Pavithraa selepas disolek bersama persalinan putih yang dipakai dari jenama Rizman Ruzaini.

Menerusi ruangan komen pada dua entri tersebut, peminat selain selebriti rata-ratanya memuji dan terpegun melihat hasil air tangan Razzi yang mencantikkan lagi wajah lembut Pavithraa.

Sementara itu, penata gaya menerusi IGnya, @holyblackrapunzel yang bertindak sebagai ‘stylist’ Pavithraa dalam sesi fotografi tersebut turut berkongsi foto berkaitan yang seterusnya mendapat reaksi positif ramai.

Dia pada masa sama di IG Stories menyifatkan Pavithraa mampu memberikan ‘posing’ seperti gaya model.

Terdahulu, kisahnya bersama suami, M. Sugu mendapat perhatian di negara ini selepas video masakannya yang dimuat naik menerusi saluran Sugu Pavithra di YouTube tular sehingga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Foto: Instagram Razzi Musa, Holyblackrapunzel, Pinography / Mh