Roti Susu

Sedang Hamil Anak Kedua, Figura Terkini Bella Astillah Curi Perhatian Peminat Sedang Hamil Anak Kedua, Figura Terkini Bella Astillah Curi Perhatian Peminat
Satu video pendek yang dikongsikan Bella Astillah mencuri perhatian peminat apabila ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik di Instagram pada... Sedang Hamil Anak Kedua, Figura Terkini Bella Astillah Curi Perhatian Peminat

Satu video pendek yang dikongsikan Bella Astillah mencuri perhatian peminat apabila ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

Melakukan ‘step’ tarian ringkas bersama adiknya Didi Astillah bagi mempromosikan satu produk mengawal berat badan, ‘baby bump’ ibu beranak satu ini juga sudah pun jelas kelihatan.

Tulisnya pada sisi kapsyen, dia juga mahu menghadiahkan produk berkaitan memandangkan dirinya yang berbadan dua ketika ini hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.

Malah, para peminat termasuk rakan artis turut sama memberikan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon dari tuan punya badan.

Terdahulu, peminat sebelum ini mengetahui mahligai yang dibina Bella bersama suaminya, Aliff Aziz pernah dilanda kemelut sebelum ini.

Malah Bella juga pernah memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu.

Bagaimanapun, keduanya kini kembali bersama dan Bella turut memaklumkan berita gembira yang dirinya sedang hamil anak kedua.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.

Foto: Instagram Bella Astillah / MH

Shares