Roti Susu

Fasha Sandha Kecewa Bantal Dibeli Secara Online Indah Khabar Dari Rupa Fasha Sandha Kecewa Bantal Dibeli Secara Online Indah Khabar Dari Rupa
PELAKON Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan. Menurut Fasha, bantal khas untuk... Fasha Sandha Kecewa Bantal Dibeli Secara Online Indah Khabar Dari Rupa

PELAKON Fasha Sandha kecewa apabila barangan yang dipesan melalui satu portal membeli-belah dalam talian tidak sama seperti yang diharapkan. Menurut Fasha, bantal khas untuk ibu mengandung yang dibeli tidak berkualiti dan indah khabar dari rupa.

“Realiti dan jangkaan… memandangkan dah masuk third trimester, badan mula lenguh dan perlukan bantal ini. “Hari ini baru terima maternity pillow yang dibeli mahal sungguh, sungguhlah kepam… teruk, bad quality.

“Aduh! Tak baik tau aniaya orang kan? Tak apalah kita maafkan, walaupun kita baru lepas menangis kesedihan, dah la menunggu tiga minggu baru sampai,” katanya.

Fasha kecewa bantal yang dibeli berbeza daripada katalog gambar portal berkenaan. Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini berkongsi rasa terkilannya itu menerusi Instagram pada Sabtu lalu.

Fasha Sandha

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat termasuklah rakan artis antaranya Faradhiya.

“Kebanyakan mereka yang jual online ni memang standard macam ni je. Saya jenis tak beli barang online tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni terjebak beli dua tiga kali.

“Semua yang sampai tak seperti digambarkan… jadi tiada lagi beli online, banyak sangat penipu, sedih dengan manusia-manusia macam ni, tak berkat berniaga,” komen Faradhiya. – Mstar

Shares