Roti Susu

Terbabit Skandal Seks? Fara Mendoza Jawab Tuduhan ‘Panas’ Netizen! Terbabit Skandal Seks? Fara Mendoza Jawab Tuduhan ‘Panas’ Netizen!
“Buat Apa Review Hari-Hari, Kalau Job Tidur Sampai RM40,000?”- Terbabit Skandal Seks? Fara Mendoza Jawab Tuduhan ‘Panas’ Netizen! Pelakon kontroversi Fara Mendoza menyifatkan dakwaan... Terbabit Skandal Seks? Fara Mendoza Jawab Tuduhan ‘Panas’ Netizen!

“Buat Apa Review Hari-Hari, Kalau Job Tidur Sampai RM40,000?”- Terbabit Skandal Seks? Fara Mendoza Jawab Tuduhan ‘Panas’ Netizen!

Pelakon kontroversi Fara Mendoza menyifatkan dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia terlibat dalam kes pelacuran VVIP itu langsung tidak berasas.

Menurut Fara, dia hanya mampu tergelak apabila ramai yang meninggalkan komen di media sosial menuduh dia terlibat dengan kegiatan haram tersebut,

“Bagi pilihan jadi wanita belaan pun saya tak nak, inikan buat kerja murahan.“Fikir logik lah, kalau saya buat keja tu, buat apa saya post pasal kerja-kerja saya di Instagram?

“Tak payah la saya jual kerepek, tak payah jual produk orang, buat review.“Tak payah tukar-tukar baju solek tebal-tebal untuk buat promosi setiap hari. Tak perlu juga nak jadi ‘bigo star’ kena live ikut task setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, jika dia terbabit dengan sindiket tersebut sudah pastinya dia akan hidup mewah tanpa bekerja,

“Untuk apa nak buat video review hari-hari kalau dah buat job tidur RM30,000-RM40,000 satu malam?

“Pergh mewah sangat tu, kalau betul saya buat kerja tu, saya hanya perlu menayang semua aset-aset mewah tanpa bukti bekerja.

“Ada ke? Ada nampak?,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, isu berkaitan aktiviti pelacuran kelas atasan itu mula diperkatakan netizen apabila sindiket tersebut didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan.

Menerusi laporan itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat aktiviti pelacuran dalam kalangan selebriti yang mampu meraih pendapatan lumayan.

Apa yang peliknya, penemuan tersebut merupakan sebahagian daripada hasil siasatan susulan aktiviti Macau Scam yang juga mengaitkan beberapa artis lain.

Antara yang menjadi mangsa tuduhan tersebut termasuklah Chacha Maembong dan Scha Elinnea. – Gempak.com

Shares