Roti Susu

Empat sekeluarga termasuk bayi meninggal dunia dirempuh treler Empat sekeluarga termasuk bayi meninggal dunia dirempuh treler
Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dirempuh treler di Kilometer 37 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesen di Sungai Siput, malam... Empat sekeluarga termasuk bayi meninggal dunia dirempuh treler

Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dirempuh treler di Kilometer 37 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Salak Stesen di Sungai Siput, malam tadi.

Mangsa maut adalah pemandu, Mohamad Faiz Bakhri (28) yang juga anggota polis berangkat Lans Koperal di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput.

Selain itu isteri mangsa Nik Idayu Nik Hasan (30), anak bongsu mangsa Mohammad Faqih Irshad Mohamad Faiz (2) dan kakak ipar kepada pemandu Nik Ifieka Nik Hassan (28) turut meninggal di tempat kejadian.

“Treler yang dipandu dari Ipoh terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta dari arah Kuala Kangsar.

“Ia tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi treler dan dihempap muatan yang dibawa treler terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Difahamkan, mangsa sekeluarga makan di sebuah gerai berhampiran tempat kejadian dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum menemui ajal.

Anak sulung pasangan terbabit, Mohammad Fariz Iskandar Mohamad Faiz yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala pemandu treler mengalami kecederaan ringan.

Pemergian tersebut mengejutkan ahli keluarga dan kenalan mereka yang rata-rata mengucapkan takziah serta mendoakan agar empat sekeluarga itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sumber : Harian Metro

Shares