Roti Susu

Setiap Kali Hendak Berbuka Puasa, Emak Mesti Termenung, Ali Puteh Setiap Kali Hendak Berbuka Puasa, Emak Mesti Termenung, Ali Puteh
Setiap Kali Hendak Berbuka Puasa, Emak Mesti Termenung – Ali Puteh . Setiap yang hidup pastinya akan pergi. Akan tiba masa setiap manusia dijemput... Setiap Kali Hendak Berbuka Puasa, Emak Mesti Termenung, Ali Puteh

Setiap Kali Hendak Berbuka Puasa, Emak Mesti Termenung – Ali Puteh . Setiap yang hidup pastinya akan pergi. Akan tiba masa setiap manusia dijemput Ilahi dan masanya tidak akan tertangguh walau sesaat. Pmergian pelawak Abam Bocey pada 10 Februari lalu memberi mengejutkan ramai peminat dan penggiat seni tanah air.

Apatah lagi ketika itu Abam sedang meniti populariti dan kerjayanya boleh dikatakan berada dipuncak. Namun pastinya paling terkesan adalah ahli keluarga terdekat terutama isteri, ibu dan adik-beradik.

Ibu Ali paling terkesan

Berkongsi keadaan terkini, dua bulan lebih sejak pmergian arwh, Ali Puteh berkongsi bagaimana ibunya paling terkesan sehingga kini.” Setiap kali hendak berbuka puasa, emak mesti termenung.”

Demikian luahan Ali Puteh, adik kepada Allahyrham Abam Bochey, apabila bercerita mengenai keadaan ibu, Sabariah Arshad, selepas lebih dua bulan pelawak itu pergi menghad4p Ilahi.

Ali tahu ibunya teringatkan Abam kerana setiap kali hendak berbuka puasa, dia pasti termenung.” Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwh terutama pada bulan Ramadan,” katanya kepada BH Online.

Bagaikan wayang berputar, Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31 memberitahu, setiap momen manis yang pernah dilalui bersama Abam pada Ramadan, terbayang satu persatu.

” Setiap kali Ramadan tiba, kami adik-beradik berkumpul di rumah arwh untuk berbuka.” Kebetulan emak tinggal bersama abang. Apabila berkumpul, memang terasa kemeriahannya.

” Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami.” Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arwh ada bersama.

” Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih.” Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwh dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Kesihatan ibu merosot sejak pmergian Abam

Mengulas keadaan kesihatan Sabariah, anggota kumpulan Puteh ini berkata, sejak Allahyrham pergi, kesihatan ibu semakin merosot.” Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah.

” Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengkak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.” Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kerosakan kornea.

” Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arwh.” Sebelum ini, arwh kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. ” Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, mninggl dnia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi dipercayai akibat dmam pnas. [ sumber ]

Shares