Roti Susu

Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran…. – “Rutin harian saya berubah 360 darjah” Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran…. – “Rutin harian saya berubah 360 darjah”
KEHADIRAN Shanome Az Zahra yang kini berusia tiga tahun menjadi lembaran kehidupan baharu buat ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin dan suami, Azhar Ghazali.... Ella dan suami semakin bahagia dengan kehadiran…. – “Rutin harian saya berubah 360 darjah”

KEHADIRAN Shanome Az Zahra yang kini berusia tiga tahun menjadi lembaran kehidupan baharu buat ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin dan suami, Azhar Ghazali.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 53, berkata kehidupan sehariannya juga berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak setahun lalu.

“Alhamdulillah kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami.

“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan.

“Shanome baru sahaja mencecah usia tiga tahun seorang yang cepat belajar, tapi yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya kepada mStar.

Ella temui semasa majlis sidang media mengumumkan dia sebagai duta untuk jenama pakaian muslimah Sabella di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan.Bagaimanapun, penyanyi lagu Rama-Rama ini tidak menyatakan maklumat lebih lanjut mengenai anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, Ella turut berkongsi pengalaman menguruskan anak kecil buat pertama kali sehingga ada yang membuatkan dirinya menangis.

“Tipulah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan terutama nak tukar lampinnya.

“Takut terkasar boleh menyebabkan terluka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang dia mahukan sampaikan saya sendiri pun turut menangis sekali,” ujarnya.

Untuk rekod, Ella dan Azhar mendirikan rumah tangga pada Julai 2012, namun pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata. – Mstar

Shares