Roti Susu

Elak sentuh jemaah wanita masa umrah, Sajjad masih tak mengaku seorang lelaki Elak sentuh jemaah wanita masa umrah, Sajjad masih tak mengaku seorang lelaki
Selepas panas isu umrah Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, sehingga kini masih belum ada pengakuan rasmi daripada pihak usahawan tersebut. Terbaru,... Elak sentuh jemaah wanita masa umrah, Sajjad masih tak mengaku seorang lelaki

Selepas panas isu umrah Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, sehingga kini masih belum ada pengakuan rasmi daripada pihak usahawan tersebut.

Terbaru, satu temubual oleh Harian Metro telah dibuat bersama Sajjad untuk memberi kenyataan mengenai isu, mendakwa dia berpakaian wanita ketika menunaikan umrah, dan tidak melakukan ibadah mengikut fitrah asal.

  • Saya salam dengan wanita lain berlapik

Meskipun tidak mengakui diri sebagai seorang lelaki, Sajjad berkata kepada wartawan bahawa dia mengelak daripada menyentuh wanita selain daripada ibu dan ahli keluarganya sahaja.

“Saya bersama dengan mak saya dan anak-anak saya, kalau ada wanita nak bersalam pun saya berlapik guna tudung…”

  • Mengaku solat di saf wanita

Mengakui bahawa melakukan ibadah di kawasan jemaah wanita, kerana dia tidak merasakan kehadirannya itu mengganggu jemaah lain.

  • Kalau betul wanita kenapa tak boleh sentuh

Namun, tidak kiralah apa pun kenyataan yang diberika oleh Sajjad untuk mempertahankan dirinya sebagai betul, netizen tetap tidak muda percaya dan yakin bahawa tindakan berpakaian wanita itu adalah salah, kerana usahawan tersebut seorang lelaki.

“Saya seorang pendosa”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat menjawab segala kecaman berkaitan pemergiannya ke tanah suci untuk mengerjakan umrah baru-baru ini. Walaupun dikecam hebat, Nur Sajat menjawab segala persoalan ketika ditemubual Harian Metro hari ini.

Posted by Harian Metro on Rabu, 12 Februari 2020

  • Sumber : Harian Metro
Shares