Roti Susu

Elak salah faham, Syahmi Sazli dedah maksud ‘Totey’ yang sebenar ! Elak salah faham, Syahmi Sazli dedah maksud ‘Totey’ yang sebenar !
Nampaknya, hasil karya filem arahan Syahmi Sazli mendapat sambutan baik peminatnya selepas ramai ternanti-nantikan bakat anak muda ini untuk diasah menerusi filem pula selepas... Elak salah faham, Syahmi Sazli dedah maksud ‘Totey’ yang sebenar !

Nampaknya, hasil karya filem arahan Syahmi Sazli mendapat sambutan baik peminatnya selepas ramai ternanti-nantikan bakat anak muda ini untuk diasah menerusi filem pula selepas sekian lama bergiat aktif dalam Drama Spontan dan rakaman video pendek di Youtube.

Sejak kelmarin juga, Syahmi Sazli menerima pelbagai reaksi positif buat filem baharunya yang berjudul Mael Totey sehingga ada penonton yang tidak puas menontonnya.

Melalui perkongsian dilaman Instagram bagaimanapun, Syahmi Sazli mengambil kesempatan untuk menjelaskan maksud sebenar Totey dimana ia satu gelaran yang digunakan dalam tajuk filem tersebut.

Ujarnya dalam satu perkongsian video, dia mahu menjelaskan bagi mengelak salah faham atau bagi menjelaskan maksud Totey kepada yang tidak tahu.

Biarpun begitu, maksud Totey hanyalah sekadar gelaran yang sinonim dengan sesiapa sahaja yang bernama Mael dimana Mael akan digelar sebagai Mael Totey.

Manakala, bercerita mengenai sebutan Totey pula bukan Tote tapi Totey namun ia merupakan gelaran yang sinonim di Kelantan dengan nama sahaja dimana masih ada lagi beberapa nama yang diberikan contoh oleh Syahmi Sazli.

Ini kerana, Syahmi Sazli berharap tidak ada lagi berlaku salah faham mengenai tajuk filem pertamanya itu.

‘Totey’ hanya sekadar gelaran :

Sumber: HCL

Shares