Roti Susu

Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia
Namun, apa yang turut menjadi perhatian ramai adalah sisi romantik Ebit Lew sebagai seorang suami yang dapat dilihat menerusi satu klip video yang dikongsi... Video ‘Bollywood’ Ebit Lew usap tangan isteri ke pipi cetus rasa bahagia

Namun, apa yang turut menjadi perhatian ramai adalah sisi romantik Ebit Lew sebagai seorang suami yang dapat dilihat menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Twitter.

Menerusi laman Twitter @ustazebitlew, kelihatan pendakwah itu memandu kereta sambil ditemani isterinya. Klip berdurasi 17 saat itu turut menunjukkan Ebit memegang tangan isteri dan diusap pada pipinya.

Menurut Ebit Lew, beliau amat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang diibaratnya sebagai bidadari.“Terima kasih Allah. Syukur pada Allah. Alhamdulillah. Ya Allah begitu besar nikmat anugerah-Mu ini.

Hargailah isteri bidadari kita. Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita.

“Bila letak tangan ke pipi usap rasa bahagia. Terasa segar muka. Hargailah isteri bidadari kita. Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita.

Perasaan netizen terbuai dengan lagu berirama Bollywood berjudul Gerua yang dipetik daripada filem Diwale lakonan Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol. Ebit jarang berkongsi kisah peribadinya bersama khalayak.

Rata-rata netizen kagum dengan tindakan Ebit dalam menghargai isterinya, malah segelintirnya memohon doa agar dipertemukan jodoh yang bahagia seperti itu.

“Ya Allah, semoga saya bertemu jodoh yang menghargai saya macam ni suatu hari nanti,” tulis seorang netizen.

“Suka tengok ustaz dengan bidadari ustaz. Ustaz tolong orang. Ustaz jangan berhenti buat kerja ni, saya teringin bantu orang macam ustaz buat,” komen seorang lagi.

“Bahagianya tengok. Bersemut skrin telefon. Smiling face with open mouth and cold sweat. Saya dan suami doakan ustaz dan isteri bahagia sampai syurga.

Semoga doa ini berbalik pada kami semula,” ujar seorang wanita. [ sumber ]

Shares