Roti Susu

Isteri Pak Ishak Mula Cerita Satu Persatu Hal Sebenar Selepas Ebit Lew Datang Bantu Isteri Pak Ishak Mula Cerita Satu Persatu Hal Sebenar Selepas Ebit Lew Datang Bantu
Isteri Pak Ishak Mula Cerita Satu Persatu Hal Sebenar Selepas Ebit Lew Datang Bantu. ” Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu... Isteri Pak Ishak Mula Cerita Satu Persatu Hal Sebenar Selepas Ebit Lew Datang Bantu

Isteri Pak Ishak Mula Cerita Satu Persatu Hal Sebenar Selepas Ebit Lew Datang Bantu. ” Terima kasih kerana bantu keluarga kami, hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit Lew,” kata Jamaliah Rejab, 54.

Jamaliah adalah isteri kepada pesak1t str0k, Ishak Darus, 77, yang berjaya dipujuk pend4kwah, Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke kediaman baharu lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, kelmarin.

Jelasnya, beliau dan keluarganya bersyukur dapat mendiami rumah yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik berkenaan, terutamanya menjelang Ramadan, Jumaat ini.

” Memang kami seronok dapat berpindah dari rumah lama yang sudah rosak dan bocor terutama cucu yang dapat bermain di kawasan sekitar rumah ini.

” Saya anggap segala yang berlaku ada rahmatnya, malah suami yang dimasukkan ke hospital juga sudah dibenarkan keluar hari ini (semalam) selepas keadaannya didapati stabil,” katanya ketika ditemui petang semalam.

Pesak1t str0k, Ishak Darus, 77, atau Pak Ishak dibantu orang ramai yang membawanya masuk ke rumah selepas mendapat raw4tan di hospital.

  • Bukan tak berusaha.

Jamaliah berkata, sebelum ini, keluarganya bukan tidak berusaha mencari rumah lebih elok di sekitar bandar raya ini, namun gagal kerana tidak mampu membayar sewa yang tinggi.

” Kami memang mendapat bantuan kerajaan setiap bulan dan wang itu habis diguna bagi membeli makanan selain ada juga menerima sumbangan orang ramai.

” Malah, kerajaan juga ada menawarkan kami berpindah ke rumah flat, tetapi terp4ksa ditolak kerana lokasinya yang agak jauh selain cucu saya pula ramai,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan menyambut Ramadan, Jamaliah berkata, tiada apa persediaan dilakukannya kerana mereka baharu berpindah dan masih bergantung kepada bantuan bagi meneruskan hidup.

Mereka didapati tinggal berhimpit dengan lantai beralaskan tikar getah, dinding kayu reput dimakan anai-anai, malah sebahagian bumbung zink berlubang.

Terdahulu kisah tentang keluarga Pak Ishak mula mendapat perhatian ramai selepas diziarah dan dibantu oleh Ustaz Ebit Lew dan tular di media sosial. Kisah itu turut dikaitkan dengan lembaga zakat yang dikec4m netizen kononnya tidak membantu keluarga ini.

Bagaimanapun difahamkan usaha memujuk keluarga Pak Ishak yang tinggal di Lorong Gedebang, Jalan Langgar untuk berpindah ke lokasi lebih sesuai sudah dilakukan sejak 12 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, berdasarkan rekod keluarga daif itu turut menerima pelbagai bantuan daripada pihaknya sejak 2007.

  • Dapat bantuan bulanan

Katanya, ia termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan fakir miskin, bantuan awal persekolahan, bantuan Aidilfitri dan bantuan Jaya Diri.

” Berdasarkan s1asatan kami, Pak Ishak dan isteri yang tidak bekerja mempunyai tiga anak lelaki dan tujuh anak perempuan berusia 17 hingga 33 tahun.

” Ada antara anak Pak Ishak sudah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya tinggal bersama di rumah berkenaan bersama 10 cucu menjadikan keseluruhan isi rumah seramai 20 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ebit Lew

Zakaria berkata, isu dan kisah keluarga Pak Ishak amat dekat di hati warga LZNK yang menganggap dia sebagai seorang bapa yang disayangi.

Katanya, lelaki itu pernah ditawarkan rumah KEDA di Pokok Sena dan Program Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini, namun keluarganya menolak atas pelbagai alasan.

” Rundingan dan tawaran juga sudah dibuat oleh tuan tanah tempat tapak rumah itu dibina sehingga akhirnya satu salinan penghakiman dari mahk4mah Majistret dikeluarkan pada 5 Februari lalu yang mengarahkan Pak Ishak sekeluarga berpindah, tetap menemui titik gagal.

” Kerana itu saya amat menghargai usaha Ustaz Ebit Lew dan pasukannya di atas kemahiran mereka yang berjaya memujuk keluarga Pak Ishak keluar daripada kediaman berkenaan semalam.

” Sesungguhnya niat murni ini amat disanjung dalam membantu LZNK menyantuni lebih 15,773 asnaf di Kedah (sehingga 21 April 2020) termasuk Pak Ishak dan masa depan anak-anak dan cucu-cucunya yang masih tidak mengerti apa-apa,” katanya. [ sumber ]

Shares